Berita Harian

1MDB, 10 syarikat saman Rosmah isu barang AS$346J

Plaintif dakwa pelbagai jenama mewah dibeli guna dana diseleweng

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan lima anak syarikat serta lima yang lain, memfailkan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung ribuan barangan mewah bernilai AS$346 juta didakwa dibeli menggunaka­n dana syarikat itu yang diseleweng­kan.

Semua syarikat terbabit yang bertindak selaku plaintif, turut menuntut isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirka­n oleh Mahkamah Tinggi.

Plaintif berkenaan ialah 1MDB dan lima anak syarikatny­a, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy

Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversifie­d Investment Company Limited serta SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Seterusnya, plaintif lain ialah syarikat pesisir luar, Affinity Equity Internatio­nal Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commoditie­s (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightston­e Jewellery Limited.

Saman itu menamakan Rosmah sebagai defendan pertama, manakala Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan kedua.

Plaintif mendakwa barangan

mewah berkenaan, antara lainnya ribuan item jenama barang kemas, jam tangan dan beg tangan, telah dibeli oleh atau untuk Rosmah, bukan dengan wang sendiri, tetapi dengan dana yang diseleweng­kan daripada anak syarikat 1MDB.

Bayar 48 vendor berbeza

Plaintif mendakwa dana itu disalurkan melalui pelbagai entiti luar pesisir, termasuk Affinity Equity, Alsen Chance, Blackrock, Blackstone dan Brightston­e, sebelum dibayar kepada 48 vendor berbeza daripada 14 bidang kuasa bagi pembelian barangan mewah berkenaan, iaitu sebanyak 320 bayaran berjumlah AS$346,010,489.

Blackrock dan Blackstone adalah syarikat dikaitkan dengan sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, iaitu Eric Tan.

Sehubungan itu, mereka menuntut perisytiha­ran bahawa 1MDB dan lima anak syarikatny­a (plaintif pertama hingga keenam) mempunyai kepentinga­n proprietar­i berekuiti atau kepentinga­n benefisial terhadap barangan mewah berkenaan yang dapat dikesan dalam pemilikan Rosmah.

Plaintif juga memohon perisytiha­ran bahawa Rosmah memegang barangan mewah itu dan hasilnya yang dapat dikesan atas amanah konstrukti­f bagi 1MDB dan anak syarikatny­a.

Selain itu, mereka menuntut perisytiha­ran bahawa 1MDB dan anak syarikatny­a itu berhak untuk mengesan barangan mewah terbabit, dan perisytiha­ran bahawa Rosmah bertanggun­gjawab kepada mereka (plaintif) selaku pemegang amanah konstrukti­f barangan berkenaan.

Semua plaintif turut menuntut ganti rugi pampasan berekuiti, ganti rugi keterlalua­n dan ganti rugi teladan untuk ditaksirka­n oleh mahkamah.

 ?? ?? Rosmah dituntut bayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksir Mahkamah Tinggi.
Rosmah dituntut bayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksir Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia