Berita Harian

Pengarah, penerbit dakwa pertuduhan kabur

-

Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang yang berdepan tuduhan melukakan perasaan penganut agama lain, memohon Mahkamah Tinggi menentukan sama ada Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) melanggar Perkara 10 Perlembaga­an Persekutua­n, yang melindungi kebebasan bersuara.

Pengarah, Mohd Khairianwa­r Jailani, 32, dan penerbit, Tan Meng Kheng, 37, didakwa di Mahkamah Majistret sebelum ini mengikut seksyen terbabit yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Peguam bela Mohd Khairianwa­r dan Meng Kheng, N Surendran, juga mahu Mahkamah Tinggi menentukan sama ada frasa ‘melukakan agama lain’ seperti terkandung dalam peruntukan itu kabur atau sebaliknya.

“Perkara ini sepatutnya diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

“Hakikatnya ini adalah undang-undang sebelum negara merdeka yang memberi beban kepada Mahkamah Majistret untuk menilai kesahihann­ya,” katanya ketika berhujah di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim, semalam.

Pada 17 Januari lalu, Mohd Khairianwa­r, 32, dan Meng Kheng, 37, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukaka­n terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan dalam pendengara­n dan meletakkan objek dalam penglihata­n orang, dengan berperanan sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit Mentega Terbang.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit kondominiu­m di Jalan Semarak Api 2, di sini, jam 12.34 tengah hari pada 26 Februari 2023.

Akhir tahun lalu, Mohd Khairianwa­r dan Meng Kheng memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan kerajaan mengharamk­an filem berkenaan.

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengharamk­an filem itu pada 1 September tahun lalu, yang mana keduadua lelaki terbabit mendakwa ia satu tindakan tidak rasional yang melanggar kebebasan bersuara dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Ditayangka­n menerusi platform penstriman, filem berdurasi 104 minit itu mengisahka­n ‘konflik keagamaan’ yang dihadapi seorang remaja beragama Islam bernama Aisyah, yang mempelajar­i agama lain, terutama dalam mencari jawapan kepada persoalan hidup selepas mati.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem itu secara jelas bertentang­an dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob, berpendiri­an bahawa Seksyen 298 KK adalah berperlemb­agaan.

“Tiada keperluan untuk Mahkamah Tinggi menentukan kesahihann­ya.

“Memandangk­an perbicaraa­n membabitka­n Mohd Khairianwa­r dan Meng Kheng belum bermula, tiada fakta dikemuka kepada mahkamah mengenai isu Perlembaga­an Seksyen 298 KK,” katanya.

Majistret kemudian menetapkan 14 Jun ini untuk keputusan berhubung persoalan undangunda­ng yang dibangkitk­an itu supaya dirujuk di Mahkamah Tinggi.

 ?? ?? Mohd Khairianwa­r Jailani
Mohd Khairianwa­r Jailani
 ?? ?? Tan Meng Kheng
Tan Meng Kheng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia