Berita Harian

Nenek antara empat ahli sindiket dadah kena tahan

-

Johor Bahru: Wanita warga emas berusia 75 tahun antara empat yang ditahan disyaki terbabit kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkus­an dadah di rumah atas air di Pontian.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata hasil serbuan itu pelbagai jenis dadah bernilai 5M4.3 juta dirampas.

Katanya, serbuan dijalankan antara jam 1.30 pagi hingga 12 tengah hari, hasil risikan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis (IPK) Johor dan JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, Sabtu lalu.

´Pihak polis menahan empat suspek tempatan, iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 5 tahun. Suspek wanita berusia 75 tahun adalah kakak kepada salah seorang suspek lelaki yang turut ditahan bersama ketika serbuan.

´Modus operandi kegiatan sindiket pengedaran dadah ini adalah menjadikan rumah atas air sebagai tempat pemprosesa­n dan tempat pembungkus­an semula dadah, sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

´Kegiatan sindiket ini dipercayai aktif sejak )ebruari lalu. Pihak polis juga menjalanka­n risikan dalam tempoh itu sebelum membuat serbuan ke atas lokasi.

´5umah atas air itu adalah rumah dua beradik terbabit dan bukan rumah sewa. 5umah biasa sebab sebelum ini lokasi yang dijadikan kegiatan seumpama ini adalah kawasan perumahan berpengawa­l seperti pangsapuri yang dikawal ketat, tetapi yang ini seperti rumah biasa,µ katanya pada sidang media di IPK Johor di sini, semalam.

Rampas dadah RM4.32J

Dalam serbuan itu, Kumar berkata, polis merampas 25.5 kilogram (kg) serbuk ekstasi, pil eramin 5 ( 70 biji), pil ekstasi (1,700 biji), ketamin (232.60 gram) dan ganja (36 .02 gram) yang bernilai 5M4.32 juta.

Katanya, pelbagai alat memproses dadah dan membungkus serbuk ekstasi turut dirampas.

´Polis turut menyita enam kereta, wang tunai 5M21,000 dan mata wang tunai AS 13,000 (5M45,676).

´Sindiket ini juga membuat inovasi sendiri dengan menghasilk­an tempat untuk mengeringk­an serbuk ekstasi sebelum dibungkus.

´Malah, mereka juga menghasilk­an mesin acuan pil ekstasi dan eramin 5 bagi mendapatka­n cetakan pil yang kemas,µ katanya.

Kumar berkata, hasil saringan air kencing mendapati tiga suspek lelaki positif dadah Methapheta­mine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

´Peranan wanita warga emas itu masih dalam siasatan. Kita juga sedang menyiasat rumah bersebelah­an lokasi serbuan dijalankan.

´Semua suspek direman seminggu berakhir hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 3 B Akta Dadah Berbahaya 1 52.

´Kita percaya ada lagi ahli sindiket ini yang masih bebas dan dalam usaha mengesan ahli lain,µ katanya.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ?? Kumar menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di IPK Johor, Johor Bahru, semalam.
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) Kumar menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di IPK Johor, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia