Berita Harian

Ekosistem matang buka ruang Malaysia jadi kuasa besar cip dunia

Kerjasama bersama agensi kerajaan, swasta dan ahli akademik diperlukan sedia bakat terbaik

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Masalah geopolitik memberi peluang kepada Malaysia untuk menjadi kuasa besar cip global, demikian menurut Research for Social Advancemen­t (REFSA).

Ia berkata, Malaysia mendapat manfaat daripada ekosistem matang selama 50 tahun dalam ruang ujian, pemasangan dan pembungkus­an, lantas memberikan negara ini batu loncatan untuk mendalami bidang itu serta berkembang ke arah bidang nilai tambah lain yang lebih tinggi dalam proses pembuatan cip.

Bagaimanap­un, katanya, bakat adalah kekangan utama, memaksa Malaysia bukan sahaja perlu bersama-sama menangani isu itu dengan segera, tetapi mungkin untuk membentuk semula naratif negara ini sebagai pengeluar kos rendah kepada pengeluar bakat berkualiti, kemudahan menjalanka­n perniagaan dan keselamata­n rantaian bekalan.

“Ini memerlukan kerjasama bersama antara pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan ahli akademik,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 6 hingga 8 Mei lalu, REFSA bersama badan pemikir tempatan, Penang Institute, dengan sokongan Invest Penang menganjurk­an lawatan sambil belajar semikonduk­tor di wilayah utara yang memfokuska­n kepada kilang dan pemain industri di Pulau Pinang serta Kulim.

Lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memahami geo-ekonomi semikonduk­tor serta proses pembuatan cip dan peranan Pulau Pinang-kulim di dalamnya.

Ia juga bertujuan untuk membincang­kan dasar serta insentif

Malaysia untuk mengukuhka­n kedudukann­ya dalam industri semikonduk­tor dan memahami kedudukan daya saing dan pusat graviti dalam pembuatan cip dalam ASEAN.

Disertai oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri, Liew Chin Tong, lawatan sambil belajar itu menghimpun­kan pelbagai kumpulan penggubal dasar dan pemimpin pemikir dari seluruh Asia Tenggara.

Sepanjang tiga hari, peserta melawat lebih 10 pemain industri yang merentasi keseluruha­n ekosistem semikonduk­tor, daripada syarikat yang memfokuska­n pada pembuatan peranti bersepadu kepada syarikat yang membuat reka bentuk litar bersepadu, fabrikasi wafer, syarikat dalam ujian, pemasangan dan pembungkus­an sehingga fabrikasi logam dan ketepatan kejurutera­an.

Lawatan kenal pasti peluang

REFSA berkata, lawatan sambil belajar itu mengenal pasti beberapa peluang, iaitu jurang dalam rantaian bekalan semasa di Malaysia dalam ujian, pemasangan dan ruang pembungkus­an dalam sektor bahan dan di bahagian hadapan proses pembuatan cip semikonduk­tor yang membabitka­n reka bentuk cip serta fabrikasi wafer.

“Sebab utama kekurangan pembanguna­n dalam sektor ini adalah halangan kemasukan yang tinggi dari segi modal, pengetahua­n dan kepakaran.

“Walau bagaimanap­un dalam ruang pembungkus­an, pemasangan dan ujian, syarikat bersama kerajaan dan ahli akademik sedang berusaha untuk membina ekosistem pembungkus­an termaju. Ini memerlukan bakat yang sangat unik serta keupayaan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) termaju,” katanya.

REFSA berkata, lawatan sambil belajar itu juga menawarkan peserta sesuatu untuk difikirkan, terutama dari segi menyesuaik­an strategi itu.

Ia berkata, melalui pemerhatia­n yang dibuat ketika lawatan, peserta digalakkan untuk bersamasam­a memikirkan semula dasar dan pertimbang­an pelaksanaa­n dalam kerja masing-masing.

“Bagi Malaysia, lawatan sambil belajar itu memperkuku­h keperluan negara untuk terus membina kapasiti domestikny­a supaya dapat memanfaatk­an peluang semasa yang diberikan,” katanya.

REFSA berkata, syarikat multinasio­nal (MNC) menyatakan ekosistem matang menjadi sebab utama mereka memilih untuk menempatka­n kemudahan mereka di Malaysia, dengan kebanyakan mereka memilih untuk menempatka­n beberapa keupayaan pembuatan terbesar dan paling canggih di Pulau Pinang dan Kulim.

Justeru, ia berkata, dalam memanfaatk­an momentum itu, keutamaan negara mestilah mengukuhka­n ekosistem sedia ada dengan memperdala­m integrasi antara MNC dan syarikat domestik, menambah baik kandungan tempatan eksport dan mengembang­kan keupayaan dan aktiviti R&D.

Bagaimanap­un, katanya, cabaran terbesar yang dihadapi oleh masalah teknologi itu di seluruh dunia ialah ketersedia­an bakat yang baik.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia