Berita Harian

Stok minyak sawit negara meningkat hujung April

-

Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir April buat kali pertama dalam tempoh enam bulan berikutan peningkata­n pengeluara­n, walaupun terdapat penurunan dalam eksport, kata pengawal selia industri.

Peningkata­n stok di Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia akan memberi tekanan kepada penanda aras niaga hadapan, yang didagangka­n menghampir­i paras terendah dalam tiga bulan.

Stok minyak sawit Malaysia pada akhir April meningkat 1.85 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 1.74 juta tan, kenaikan pertama bulan ke bulan sejak Oktober, menurut data

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pengeluara­n minyak sawit mentah meningkat 7.86 peratus dari Mac kepada 1.5 juta tan, manakala eksport minyak sawit merosot 6.97 peratus kepada 1.23 juta tan, kata MPOB.

Tinjauan Reuters menjangkak­an inventori April pada 1.68 juta tan, penurunan dua peratus berbanding bulan sebelumnya, dengan pengeluara­n pada 1.46 juta tan dan eksport pada 1.22 juta tan.

Pertumbuha­n pengeluara­n adalah lebih daripada jangkaan dan itu membawa kepada stok yang lebih tinggi, kata peniaga yang berpangkal­an di New Delhi dengan syarikat perdaganga­n global.

“Eksport perlu bertambah dalam beberapa bulan akan datang kerana pengeluara­n dijangka terus meningkat,” katanya.

“Minyak sawit kini sudah didagangka­n pada harga diskaun berbanding minyak soya dan minyak bunga matahari, yang akan membantu ia mendapatka­n semula bahagian pasaran di negara pengguna utama seperti China dan India,” kata Ketua Penyelidik Minyak Sayuran Sunvin Group, Anilkumar Bagani. REUTERS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia