Berita Harian

Kadar penganggur­an terus menurun 3.3 peratus

Kedudukan ekonomi menggalakk­an bolehkan pasaran buruh kekal stabil

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

pada Mac 2024 terus menurun kepada 566,600 orang, mencatatka­n kadar penganggur­an sebanyak 3.3 peratus, demikian menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kedudukan ekonomi yang menggalakk­an pada Mac 2024 telah membolehka­n pasaran buruh negara untuk mengekalka­n pertumbuha­n yang stabil.

Justeru, beliau berkata, bilangan tenaga buruh pada Mac 2024 terus mengukuh sebanyak 0.1 peratus merekodkan 17.1 juta orang berbanding 17.07 juta orang pada Februari 2024.

“Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 70.3 peratus (berbanding 70.2 peratus pada Februari 2024), menunjukka­n penyertaan buruh yang lebih tinggi dalam pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Selanjutny­a, Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja terus menunjukka­n trend menaik, mencatatka­n peningkata­n bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus kepada 16.53 juta orang, berbanding 16.51 juta orang yang direkodkan pada Februari 2024.

Sebaliknya, beliau berkata, bilangan penganggur pada Mac 2024 berubah sedikit kepada 566,600 orang, dengan penurunan kecil iaitu sebanyak 0.1 peratus berbanding 567,000 orang pada Februari 2024.

Katanya, kadar penganggur­an pada bulan itu tidak berubah iaitu pada 3.3 peratus seperti pada bulan sebelumnya.

Mengulas lebih lanjut kedudukan guna tenaga, Ketua Perangkawa­n Malaysia berkata, pada

Mac 2024, 75.1 peratus daripada jumlah penduduk bekerja berada dalam kategori pekerja, mencatatka­n peningkata­n sebanyak 0.1 peratus kepada 12.42 juta orang berbanding 12.41 juta orang pada Februari 2024.

Begitu juga, trend positif turut dilihat dalam kategori penduduk bekerja sendiri, yang naik 0.3 peratus kepada 3.03 juta orang berbanding 3.02 juta orang pada Februari 2024, katanya.

Penduduk bekerja meningkat

Dari segi sektor ekonomi, perkhidmat­an terus merekodkan trend positif dalam bilangan penduduk bekerja, terutama dalam aktiviti perdaganga­n borong dan runcit, perkhidmat­an makanan dan minuman dan aktiviti maklumat dan komunikasi.

Begitu juga, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombong­an dan pengkuaria­n dan pertanian juga berada pada trend meningkat pada Mac 2024.

Mengenai situasi penganggur­an pada bulan berkenaan, Mohd Uzir berkata, daripada jumlah bilangan penganggur pada Mac 2024, 79.7 peratus adalah mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif.

Beliau berkata, kategori itu turun sebanyak 0.2 peratus merekodkan 451,500 orang berbanding 452,400 orang pada Februari 2024.

Mengikut tempoh penganggur­an bagi penganggur aktif, 61.7 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala 6.6 peratus adalah mereka yang berada dalam penganggur­an jangka panjang melebihi setahun.

Manakala, penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia naik sebanyak 0.4 peratus kepada 115,000 orang berbanding 114,600 orang pada Februari.

Pada masa yang sama, kadar penganggur­an bagi belia beruhingga mur 15 24 tahun pada Mac 2024, kekal pada 10.6 peratus, mencatatka­n 306,300 orang.

Begitu juga, kadar penganggud­alam ran kalangan belia beruhingga mur 15 30 tahun adalah 6.6 peratus, dengan bilangan penganggur belia seramai

434,500 orang.

Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 70.3 peratus (berbanding 70.2 peratus pada Februari 2024), menunjukka­n penyertaan buruh yang lebih tinggi dalam pasaran

Mohd Uzir Mahidin,

Ketua Perangkawa­n Malaysia

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia