Berita Harian

OPR kekal sokong pertumbuha­n ekonomi, kawal inflasi

-

Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungk­inan untuk menyokong pertumbuha­n dalam negeri sambil mengekalka­n kadar inflasi, kata firma penyelidik­an, Kenanga Research.

Justeru, ia menjangkak­an bank pusat mengekalka­n kadar tersebut sepanjang tahun 2024.

“Jika kerajaan memutuskan untuk mengapungk­an harga bahan api pada kadar pasaran, risiko kenaikan harga pada unjuran inflasi kekal condong kepada menaik, terutama disebabkan oleh potensi kesan subsidi yang disasarkan.

“Selain itu, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam pada Disember 2024, bersama-sama dengan inisiatif Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baharu, dijangka menyokong permintaan domestik yang kukuh dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Namun begitu, pertumbuha­n domestik masih terdedah kepada risiko luaran, termasuk ketegangan geopolitik yang meningkat, pemulihan China yang lembap dan kitaran teknologi yang lebih perlahan, kata Kenanga Research.

Selain itu, kelembapan pertumbuha­n ekonomi Amerika Syarikat (AS) disebabkan lonjakan kadar faedah yang berpanjang­an, turut mengancam prospek pertumbuha­n domestik.

Oleh itu, ia mengunjurk­an BNM mengutamak­an sasaran pertumbuha­n empat hingga lima peratus.

Bank pusat itu juga dijangka mengekalka­n pendirian neutral bagi menyokong pertumbuha­n yang mampan, sambil memantau risiko kepada inflasi dan pertumbuha­n, katanya.

Maybank Investment Bank Research (Maybank IB), yang berkongsi pandangan sama berkata, unjuran OPR itu seiring dengan ramalan semasa pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang sederhana dan risiko yang meningkat kepada inflasi.

“Pada masa yang sama, kadar OPR yang stabil dengan ramalan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) meningkatk­an prospek ringgit. Penyelidik­an pertukaran mata wang asing kami melihat ringgit berakhir tahun ini lebih kukuh berbanding dolar AS pada RM4.60,” katanya.

Maybank IB menyatakan bahawa faktor peningkata­n prospek ringgit itu termasuk tanda-tanda pemulihan prospek pertumbuha­n ekonomi domestik dan pemulihan eksport pada suku pertama 2024.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia