Berita Harian

Pengeluara­n industri Mac meningkat 2.4 peratus

-

Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong oleh pengembang­an dalam semua sektor, menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata IPP kekal positif walaupun pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak 2.4 peratus pada Mac 2024 berbanding 3.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Beliau berkata, peningkata­n itu diterajui pengembang­an dalam sektor pembuatan yang meningkat sebanyak 1.3 peratus, lebih baik berbanding 1.2 peratus pada Februari 2024.

“Pada masa sama, sektor perlombong­an dan elektrik masingmasi­ng mencatatka­n 4.9 peratus dan 7.8 peratus, (berbanding 8.1 peratus dan 10.9 peratus pada Februari 2024).

“Perbanding­an dengan bulan sebelumnya, IPP kembali meningkat kepada 7.5 peratus berbanding -6.3 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Ketua Perangkawa­n berkata industri berorienta­sikan eksport memulih kepada 0.5 peratus pada Mac 2024 berbanding -0.2 peratus pada Februari 2024, terutamany­a disokong oleh pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal dan pembuatan kok dan produk petroleum bertapis yang mencasing sebanyak 2.0 peratus dan 1.9 peratus.

Selain itu, beliau berkata, pembuatan perabot merekodkan peningkata­n ketara sebanyak 12.6 peratus pada bulan berkenaan.

“Tambahan lagi, pertumbuha­n industri berorienta­sikan eksport menggambar­kan prestasi bagi eksport barangan perkilanga­n negara, yang memperoleh semula momentum pada Mac 2024,” katanya. rapa negara lain, IPP bagi China dan Korea Selatan meningkat sederhana, manakala Vietnam dan Taiwan kembali kepada jajaran positif pada Mac 2024, sebaliknya, Singapura mengalami kemerosota­n, manakala Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Thailand terus mengalami penurunan.

Mengenai prestasi bagi suku pertama 2024, Mohd Uzir berkata, IPP terus meningkat 3.3 peratus berbanding 0.8 peratus yang direkodkan pada suku keempat 2023.

Beliau berkata, pengembang­an itu disokong oleh kenaikan yang dicatatkan dalam sektor perlombong­an sebanyak 5.9 peratus dan sektor elektrik 8.9 peratus.

“Sementara itu, sektor pembuatan kembali meningkat kepada 2.1 peratus daripada negatif 0.2 peratus yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya. Bagi perbanding­an suku tahun ke suku tahun, IPP jatuh 1.0 peratus dipengaruh­i oleh sektor pembuatan pada -1.8 peratus,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia