Berita Harian

Celcomdigi selesai 44 peratus integrasi rangkaian

-

menyelesai­kan 44 peratus daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian (NIM) di seluruh negara untuk memodenkan lebih 7,200 tapak setakat akhir April.

Usaha itu membawa kepada peningkata­n kelajuan muat turun 20 hingga 26 peratus dan kekuatan isyarat yang lebih baik sebanyak 13 hingga 16 peratus di kawasan pasca penyatuan.

Menjelang akhir Jun tahun ini, Celcomdigi menjangkak­an melepasi 50 peratus paras siap di empat negeri dan mencapai 60 peratus di tiga negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcomdigi, Datuk Idham Nawawi, berkata rangkaian bersepadu dan moden ini penting dalam memacu cita-cita syarikat untuk menjadi enjin pertumbuha­n digital kepada negara, menyokong kewujudan bersama dan evolusi 4G, 5G dan teknologi masa depan.

Beliau menambah syarikat itu bekerjasam­a dengan rakan kongsi strategik untuk mencuba teknologi 5.5G dan kes penggunaan baharu untuk pengalaman digital yang dipertingk­atkan bagi perusahaan dan pengguna di Malaysia.

Dilancarka­n pada Jun 2023, syarikat itu memperuntu­kkan perbelanja­an modal RM4 bilion untuk program NIM, bertujuan membina rangkaian digital terkemuka Malaysia dengan 18,000 tapak sedia 5G.

Pada masa ini, 86 peratus daripada tapak akhir adalah sedia 5G.

Usaha pemodenan ini bukan sahaja termasuk tapak sedia 5G, tetapi juga transforma­si berterusan rangkaian teras 5G syarikat untuk menyampaik­an fungsi dan perkhidmat­an 5.5G seperti komunikasi ultra boleh dipercayai dan kependaman rendah, komunikasi jenis mesin besar-besaran dan jalur lebar mudah alih yang dipertingk­atkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia