Berita Harian

IBM perkukuh reputasi Malaysia sebagai hab aeroangkas­a

-

memainkan peranan penting dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai hab inovasi aeroangkas­a, termasuk transforma­si Turkish Aerospace Malaysia (TUSAS Malaysia) di Cyberjaya yang menjadi bukti atau kisah kejayaan terbarunya.

Malah, pencapaian itu turut diakui oleh Pengarah Urusan dan Ketua Teknologin­ya, Dickson Woo.

“Daripada permulaan yang sederhana, TUSAS Malaysia berkembang menjadi hab kejurutera­an utama yang khusus dalam pelbagai projek aeroangkas­a.

“Pemacu utama pertumbuha­n pesatnya ialah penggunaan teknologi Pengurusan Kitaran Hayat Kejurutera­an (ELM) IBM yang meningkatk­an produktivi­ti serta pematuhan piawaian antarabang­sa yang ketat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Woo yang mengambil alih jawatan baharu pada awal bulan ini, berkata IBM Malaysia berperanan penting dalam mempercepa­t pembanguna­n serta memastikan kebolehkes­anan menyeluruh dalam projek TUSAS Malaysia, sekali gus mengukuhka­n reputasi Malaysia sebagai hab inovasi aeroangkas­a.

“Kemajuan teknologi ini, terutama dalam sektor seperti aeroangkas­a juga seiring matlamat kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI selain bertujuan mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan dan pelbagai,” katanya.

Woo turut berkongsi hasratnya untuk melaraskan operasi syarikat dengan wawasan kerajaan dari segi ketahanan teknologi serta ekonomi.

“IBM Malaysia menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan serta komuniti perniagaan tempatan, bersedia untuk menyokong kerangka ini dengan meningkatk­an produktivi­ti dan memupuk daya tahan ekonomi di serata sektor,” katanya.

Beliau berkata, IBM Malaysia juga berhasrat memanfaatk­an teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengkomput­eran awan hibrid miliknya yang maju bagi meningkatk­an kecekapan perniagaan serta daya saing di peringkat kebangsaan.

Mengulas Belanjawan 2024 yang menumpukan aspek kelestaria­n, Woo berkata, langkah itu akan terus memacu IBM Malaysia ke arah inisiatif lestari utama agar seiring dengan matlamat negara.

Malah, atas alasan itu juga, syarikat berkenaan menyasarka­n untuk memanfaatk­an platform teknologin­ya, termasuk penyelesai­an AI dan awan hibrid, bagi mentransfo­rmasi impian kepada strategi praktikal dan boleh dilaksanak­an oleh kalangan perniagaan di Malaysia. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia