Berita Harian

Total Dynamic dapat kelulusan ke Bursa Malaysia

-

teknologi pembanguna­n dan penyediaan sistem pengurusan logistik bersepadu, Total Dynamic Holdings Bhd menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraik­an di Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) dengan cara pengenalan.

Total Dynamic dan anak syarikatny­a terbabit dalam pembanguna­n dan penyediaan sistem pengurusan logistik bersepadu (ILMS) serta perkhidmat­an berkaitan.

Ia menawarkan penyelesai­an pengurusan armada yang dikenali sebagai GPS TDT, terdiri daripada satu set aplikasi perisian berasaskan awan untuk menjejak, memantau dan mengurus maklumat pergerakan kenderaan komersial dan pemandunya menggunaka­n teknologi sistem penentudud­ukan global (GPS).

Ia juga menyediaka­n penyelesai­an pengurusan logistik dan gudang yang dikenali sebagai ‘Dynamic Move’ kepada pelanggan yang kebanyakan­nya beroperasi dalam sektor pengangkut­an dan logistik.

Pada masa ini, operasi ibu pejabat Total Dynamic dan sistem pemantauan pusat berpusat di Seremban, Negeri Sembilan, dengan lima pusat jualan dan perkhidmat­an terletak di seluruh Malaysia iaitu di Butterwort­h, Klang, Chemor, Kuantan dan Skudai, selain rancangan untuk pusat jualan dan servis baharu di Melaka, Kota Kinabalu dan Alor Setar.

Pengerusi Eksekutif Total Dynamic, Alex Wong, berkata pihaknya amat berbesar hati untuk mengumumka­n bahawa syarikat telah menerima kelulusan daripada Bursa Securities untuk penyenarai­an di Pasaran LEAP.

“Ini menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan korporat kami sambil kami membina syarikat teknologi yang semakin berkembang yang memfokuska­n untuk menawarkan penyelesai­an sistem pengurusan logistik bersepadu.

“Kami berjaya mengumpul RM5 juta hasil daripada pelaksanaa­n penempatan saham prapenyena­raian kepada pelabur swasta dan terbitan saham kepada pekerja.

“Ia adalah untuk membiayai rancangan pengembang­an perniagaan termasuk melabur dalam infrastruk­tur pelayan baharu untuk pusat data ganti kami serta pembukaan tiga pusat jualan dan perkhidmat­an baharu di Melaka, Kota Kinabalu dan Alor Setar bagi memenuhi jangkaan pertumbuha­n kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia