Berita Harian

MR D.I.Y sasar buka 180 lagi kedai tahun ini

Perolehan syarikat dijangka terus kukuh dipacu kerangka perniagaan berkesan

- Oleh Nur Amira Mohd Hedzer bhbiz@nstp.com.my

MR D.I.Y Group Bhd (MR D.I.Y) untuk menambah sekitar 180 kedai bagi tahun kewangan 2024 akan menguatkan lagi penembusan pasaran dan nilai jenama syarikat peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia itu.

Sehubungan itu, pertumbuha­n perolehan syarikat itu dijangka terus mantap, ekoran kerangka perniagaan­nya yang berkesan.

Penganalis­is RHB Investment Bank, Soong Wei Siang, berkata penjanaan aliran tunai yang kukuh di samping penormalan dalam kadar penghabisa­n inventori dan perbelanja­an modal terus membantu MR D.I.Y untuk menawarkan kadar bayaran dividen tinggi.

Beliau berkata, walaupun berhadapan dengan sikap pengguna yang lebih berhati-hati untuk berbelanja kerana tahap tekanan inflasi yang meninggi, MR D.I.Y berpeluang baik untuk menerima manfaat menerusi tingkah laku

pengguna yang beralih kepada barangan berpatutan harganya.

“Ini kerana MR D.I.Y terkenal dengan penawaran produk bermutu tinggi pada harga mampu milik selain lokasi kedainya yang senang untuk dikunjungi.

“Oleh itu, kami melihat MR D.I.Y sebagai syarikat utama terbaik di sebalik perkembang­an positif akhir-akhir ini, termasuk pelaksanaa­n kenaikan gaji buat penjawat awam dan skim pengeluara­n wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang fleksibel,” katanya dalam satu nota penyelidik­an, semalam.

Perolehan MR D.I.Y bagi suku pertama 2024 menokok sembilan peratus tahun ke tahun kepada RM1.1 billion dipacu oleh penambahan kedai baharu bersih sebanyak 173 buah cawangan, namun pertumbuha­n

jualan kedai yang sama susut satu peratus yang mungkin berpunca daripada ketibaan bulan puasa yang lebih awal pada tahun ini.

Untung kasar 45.8 peratus

Wei Siang berkata, margin untung kasar (GPM) bagi suku pertama 2024 mencecah 45.8 peratus lebih tinggi susulan kos tambang muatan lebih rendah dan kesan daripada kenaikan harga.

“Memandangk­an perbelanja­an operasi berkadaran langsung dengan usaha perluasan rangkaian kedai, keuntungan sebelum cukai (PBT) suku pertama 2024 melonjak naik 13 peratus tahun ke tahun kepada RM195 juta.

“Secara suku ke suku, jualan pada suku pertama 2024 dilihat mendatar kerana usaha pengembang­an rangkaian kedai dengan penambahan 37 cawangan mengimbang­i faktor bermusim yang lebih lemah kerana suku keempat merupakan suku yang selalunya berprestas­i paling kukuh buat MR D.I.Y,” katanya.

MR D.I.Y mencatatka­n keuntungan bersih sebanyak RM144.9 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024, meningkat 13.4 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya.

Walau bagaimanap­un, jika dibandingk­an suku sebelumnya, keuntungan bersih MR D.I.Y turun sembilan peratus disebabkan oleh GPM yang stabil dan kenaikan perbelanja­an operasi untuk menjayakan inisiatif pengembang­an kedai.

Pendapatan­nya meningkat 9.2 peratus kepada RM1.1 bilion, didorong terutama oleh pertumbuha­n 15.4 peratus dalam kedai baharu.

Jumlah urus niaga meningkat sebanyak 15.8 peratus kepada 44.2 juta apabila syarikat terus mengembang­kan rangkaian kedainya secara strategik merentas jenama terasnya, dari 1,125 kedai pada suku pertama 2023 kepada 1,292 kedai pada 31 Mac 2024.

MR D.I.Y mengisytih­arkan dividen sebanyak RM94.5 juta untuk suku pertama tahun kewangan 2024, peningkata­n 66.9 peratus berbanding suku pertama tahun kewangan 2023.

Dividen suku pertama tahun kewangan 2024 adalah bersamaan dengan nisbah pembayaran sebanyak 65.2 peratus daripada keuntungan bersih.

 ?? (Foto hiasan) ?? MR D.I.Y tingkat kadar penembusan pasaran dan nilai jenama dengan membuka lebih banyak cawangan baharu.
(Foto hiasan) MR D.I.Y tingkat kadar penembusan pasaran dan nilai jenama dengan membuka lebih banyak cawangan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia