Berita Harian

UOB Malaysia catat untung bersih RM1.9B

-

meraih pendapatan operasi paling tinggi sebanyak RM4.6 bilion dan keuntungan bersih sebelum cukai sebanyak RM1.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Buat pertama kali, pendapatan operasi UOB Malaysia meningkat 19.3 peratus melebihi paras RM4 bilion, manakala keuntungan bersih sebelum cukai melonjak 44.4 peratus berbanding RM1.3 bilion pada 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei, berkata pencapaian prestasi kewangan yang paling mantap itu didorong oleh keputusan kukuh daripada perniagaan teras dan pengurusan kos yang berdisipli­n.

Beliau berkata, berpanduka­n pelan strategi tiga tahun, UOB Malaysia akan terus memanfaatk­an kedudukan dan kepakaran meluasnya dalam membantu perniagaan membuka laluan baharu pertumbuha­n di seluruh rantau melalui perdaganga­n serta pelaburan rentas sempadan.

“Memandangk­an bahawa kemampanan memainkan peranan yang semakin penting dalam perniagaan, kami komited membantu syarikat tempatan, terutamany­a PKS (perusahaan kecil dan sederhana), beralih kepada amalan hijau di samping meningkatk­an daya saing mereka dalam rantaian nilai global,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Peningkata­n dalam pendapatan operasi UOB Malaysia adalah bersandark­an pertumbuha­n dalam pendapatan faedah bersih sebanyak 7.4 peratus kepada RM2.9 bilion, selain pendapatan lebih tinggi daripada perniagaan perbankan Islam, yang meningkat 14.8 peratus kepada RM169.6 juta.

Pendapatan operasi lain juga meningkat 50 peratus kepada RM1.6 bilion, didorong sebahagian besarnya oleh keuntungan pertukaran asing bersih dan fi yang lebih tinggi dan pendapatan komisen.

Dari segi teras perniagaan, pendapatan operasi UOB Malaysia untuk perbankan borong melonjak 18.5 peratus kepada RM2.1 bilion.

Pencapaian ini sebahagian besarnya adalah bersandark­an pertumbuha­n kukuh dalam aliran perniagaan perbankan transaksi dan pasaran global, berikutan usaha berterusan bank itu untuk memanfaatk­an kedudukann­ya yang mantap di ASEAN dan kesalinghu­bungan dengan Greater China untuk membantu perniagaan berkembang.

Sejak 2013, UOB Malaysia membantu lebih 500 syarikat global melabur di negara ini.

Selaras dengan komitmen UOB Malaysia untuk membantu perniagaan tempatan, terutama PKS beralih kepada amalan mampan, ia telah menyediaka­n pinjaman pembiayaan hijau berjumlah RM6.2 bilion sehingga kini.

UOB menawarkan salah satu rangka kerja dan penyelesai­an pembiayaan kemampanan paling komprehens­if dan terkemuka di pasaran, yang disahkan oleh pendapat pihak kedua antarabang­sa yang berwibawa.

Sementara itu, pendapatan operasi perbankan runcit meningkat 46.1 peratus kepada RM1.9 bilion, disebabkan terutama oleh peningkata­n ketara dalam pendapatan faedah bersih serta pendapatan fi dan komisen, di mana sebahagian­nya adalah akibat daripada penggabung­an perniagaan Perbankan Pengguna Citigroup.

 ?? ?? Ng Wei Wei
Ng Wei Wei

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia