Berita Harian

Zionis mula bedil timur Rafah

Rundingan gencatan senjata tak berhasil, Israel tak hirau amaran AS sekat bekalan senjata

- Rafah:

Tentera Israel yang menyerang selatan Rafah ketika rundingan gencatan senjata berjalan, kini mula membedil timur Rafah, sejurus selepas rundingan tamat tanpa sebarang persetujua­n dengan Hamas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengambil pendekatan tidak menghirauk­an ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, malah meningkatk­an serangan di Rafah.

Biden terdahulu mengancam untuk menahan bekalan senjata kepada Israel jika regim Zionis itu terus menyerang bandar-bandar di Gaza.

Menurut seorang pegawai kanan Israel, rundingan terbaru di Kaherah untuk hentikan serangan di Gaza sudah berakhir tanpa capai sebarang kesepakata­n.

Katanya, ia mendorong Israel meneruskan serangan di Rafah dan bahagian lain di Semenanjun­g Gaza seperti dirancang pasukan pertahanan Israel (IDF) sebelum ini.

“Israel sudah mengemukak­an kepada pihak pengantara mengenai cadangan Hamas untuk perjanjian pembebasan tahanan,” katanya.

Sebelum ini, Netanyahu melalui kenyataan melalui rakaman video, menyatakan akan bertempur habis-habisan sehingga Hamas hapus sama sekali.

“Jika perlu, kita akan tetap bertempur walaupun dengan hanya bersenjata­kan kuku jari penduduk Israel sekalipun, namun kita mempunyai lebih daripada itu,” katanya.

Sementara itu, di Gaza, kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam menyatakan ahli mereka berjaya melakukan serangan terhadap kereta kebal Israel yang berada di pinggir timur bandar itu.

Menurut penduduk dan pegawai perubatan di Rafah, iaitu kawasan bandar terbesar di Gaza yang belum dikuasai tentera darat Israel, serangan Zionis berhampira­n masjid membunuh sekurang-kurangnya tiga orang.

Rakaman video menunjukka­n bangunan runtuh dan terdapat dua mayat ditutup dengan selimut.

Komander kanan Hamas maut

Sementara itu, serangan udara Israel ke atas dua kediaman di Sabra, Rafah, pula membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk wanita dan kanakkanak.

Menurut beberapa sumber, antara yang maut ialah komander kanan Hamas, Briged Al-mujahedeen

dan keluargany­a, selain keluarga seorang lagi ketua kumpulan terbabit.

Hamas didakwa Israel sedang bersembuny­i di Rafah, yang menempatka­n ratusan ribu penduduk Gaza bagi berlindung daripada serangan.

Di AS, Rumah Putih sekali lagi mengharapk­an supaya Israel tidak melancarka­n operasi ketenteraa­n menyeluruh di Rafah.

Menurut jurucakapn­ya, John Kirby, pihaknya tidak percaya tindakan itu adalah langkah yang betul untuk mengalahka­n Hamas.

“Menghancur­kan Rafah, pada pandangan (Biden) tidak akan memberikan kemajuan terhadap misi mereka,” katanya.

Kirby berkata, berikutan Hamas menerima tekanan yang kuat daripada Israel, maka ada pilihan lain yang lebih baik untuk menumpaska­n saki baki kepimpinan kumpulan itu daripada melakukan serangan yang membahayak­an orang awam.

Sementara itu, jurucakap

Ketua Angkatan Tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, berkata tentera IDF sudah mempunyai keperluan senjata yang mencukupi untuk operasi di Rafah dan kawasan lain seperti dirancang.

Katanya, melalui operasi, angkatan bersenjata Israel membunuh, 50 lelaki bersenjata Palestin di timur Rafah sebelum menemui beberapa terowong, namun Hamas tidak memberikan komen terhadap perkembang­an itu.

Dalam perkembang­an sama, Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata penduduk Israel bertindak membakar ibu pejabat agensi itu Timur Baitulmaqd­is.

Lazzarini melalui aplikasi X bagaimanap­un menyatakan tiada kemalangan jiwa berlaku, tetapi menyebabka­n kerosakan teruk kemudahan itu, yang perlu dibaiki. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Rafah terus menjadi sasaran pengeboman tentera Zionis.
(Foto REUTERS) Rafah terus menjadi sasaran pengeboman tentera Zionis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia