Berita Harian

Calon pilihan raya India dituduh kes jenayah, rogol

Prajwal didakwa terbabit kira-kira 3,000 video seks dengan wanita secara paksa

-

Seorang Ahli Parlimen yang bertanding semula di negeri Karnataka, selatan India berdepan dakwaan jenayah dan melakukan serangan seksual terhadap ratusan wanita di kawasannya.

Ia sekali gus menarik perhatian terhadap peningkata­n peratusan calon pemimpin yang dituduh melakukan jenayah berat, namun masih dibenarkan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU), malah masih mendapat sokongan pengundi.

Ahli Parlimen kawasan Hassan, Prajwal Revanna, 33, yang juga cucu bekas perdana menteri India, Deve Gowda, didakwa terbabit dalam kira-kira 3,000 video terkutuk yang diedarkan di seluruh negara, menunjukka­n beliau melakukan hubungan seks dengan wanita, sebahagian daripadany­a secara paksa.

Bapanya, Revanna, 66, juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, turut menghadapi tuduhan melakukan ugutan dalam beberapa kes berkaitan.

Berdasarka­n tiga laporan polis oleh mangsa, kedua-dua lelaki itu

menghadapi tuduhan menculik, merogol dan gangguan seksual.

Revanna kini berada dalam tahanan kehakiman, manakala Prajwal difahamkan melarikan diri ke Jerman menggunaka­n pasport diplomatik­nya.

Keluar notis Interpol

Notis dari Interpol sudah dikeluarka­n untuk mengesan dan mengenal pasti kedudukan beliau.

Menurut sebuah badan pemikir penyelidik­an pilihan raya yang berpangkal­an di Delhi, Persatuan Reformasi Demokratik (ADR), kira-kira 40 peratus daripada Ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat mempunyai kes jenayah yang diisytihar­kan terhadap mereka.

Sehingga September 2023, 25

peratus daripadany­a dituduh melakukan jenayah berat termasuk pembunuhan, cubaan membunuh, penculikan dan jenayah terhadap wanita.

ADR mendapati, daripada 5,872 calon bertanding dalam PRU yang sedang berlangsun­g sebelum kerajaan dibentuk pada 1 Jun ini, 1,105 menghadapi pertuduhan jenayah iaitu kira-kira 19 peratus daripada semua calon.

Lebih buruk, 13 peratus atau 773 daripada semua calon, menghadapi tuduhan serius termasuk serangan, pembunuhan, penculikan, rogol, rasuah dan jenayah terhadap wanita iaitu kesalahan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau lebih.

Dalam fasa pengundian setakat ini, daripada 773 ahli politik yang dituduh melakukan jenayah berat, 130 menghadapi tuduhan jenayah terhadap wanita, termasuk rogol dan serangan seksual.

ADR sebelum ini memperjuan­gkan perintah Mahkamah Agung pada 2002 yang mewajibkan calon mengisytih­arkan aset, pendidikan dan kes jenayah terhadap mereka sebagai antara proses pembaharua­n dalam PRU.

Pada 2023, satu lagi petisyen membawa kepada pemansuhan bon PRU, dengan membenarka­n parti politik mendapatka­n derma korporat tanpa had dan tidak perlu mendedahka­n sumber mereka kepada orang ramai.

PRU yang sedang berlangsun­g di India menyaksika­n Perdana Menteri, Narendra Modi, cuba meneruskan pentadbira­nnya bagi penggal ketiga, yang dikatakan menelan kos paling mahal di dunia.

Pusat Kajian Media berpangkal­an di Delhi, yang sebelum ini merekodkan perbelanja­an PRU selama beberapa dekad, menganggar­kan parti dan calon akan membelanja­kan anggaran 1.35 trilion rupee (RM104 bilion) dalam PRU kali ini.

Menurutnya, jumlah itu adalah dua kali ganda daripada kos dibelanjak­an dalam PRU sebelumnya.

ADR turut menganalis­is pengisytih­aran bersumpah calon dalam empat fasa pemilihan sebelum ini.

Tiga fasa pertama diadakan pada 19 dan 26 April serta 7 Mei manakala fasa keempat pula pada 13 Mei. Pengundian kini selesai untuk lebih separuh daripada 543 kerusi Parlimen. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Jurucakap kongres, Supriya Shrinate menunjukka­n gmbar Prajwal Revanna yang dikaitkan dengan jenayah dan gangguan seksual.
(Foto AFP) Jurucakap kongres, Supriya Shrinate menunjukka­n gmbar Prajwal Revanna yang dikaitkan dengan jenayah dan gangguan seksual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia