Berita Harian

194 negara belum capai kata sepakat

Terdapat jurang perbezaan anggota WHO cara atasi wabak

- Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, Ketua WH

Saya yakin semua 194 negara anggota amat komited untuk memuktamad­kan perjanjian, tepat pada masanya untuk Perhimpuna­n Kesihatan Sedunia

Rundingan hari terakhir bagi mencapai perjanjian global yang penting mengenai pengendali­an pandemik pada masa akan datang, masih belum menemui kata sepakat.

Perjanjian antarabang­sa itu, yang dirangka dalam tempoh dua tahun, menyentuh mengenai pencegahan, kesiapsiag­aan dan tindak balas wabak kompleks.

Tragedi COVID-19 yang mengorbank­an jutaan penduduk sejak Disember 2021, selain menyebabka­n kehancuran ekonomi dan kelumpuhan sistem kesihatan, mendorong semua negara mencari rangka kerja komitmen bersama yang bertujuan mencegah satu lagi bencana seumpama itu.

Selepas berdepan dengan pandemik COVID-19, 194 negara anggota WHO merundingk­an perjanjian antarabang­sa yang bertujuan memastikan pihak berkuasa lebih bersedia untuk menangani malapetaka kesihatan seterusnya, atau mencegahny­a sama sekali.

Namun, muncul jurang perbezaan antara negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai cara untuk mengatasin­ya.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, menyuaraka­n keyakinan bahawa rundingan itu akan berjaya dan diterima pakai secara rasmi pada perhimpuna­n tahunan negara anggota badan dunia itu, yang berlangsun­g dari 27 Mei hingga 1 Jun.

“Saya yakin semua 194 negara anggota amat komited untuk memuktamad­kan perjanjian, tepat pada masanya untuk Perhimpuna­n Kesihatan Sedunia.

“Mereka sanggup menghabisk­an masa lama untuk mencari titik persamaan dengan niat baik bagi penduduk dunia,” katanya.

Proses itu sepatutnya selesai pada Mac dan diadakan secara tertutup di ibu pejabat WHO di Geneva.

Pertikaian utama negara

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggap sebagai pihak berkepenti­ngan dibenarkan mengikuti proses di luar dewan dan diberi taklimat setiap hari oleh pengerusi.

Walaupun mustahil untuk mencari konsensus pada setiap deraf perjanjian, banyak negara berkorban masa dan mahukan adanya hasil atas usaha mereka.

Antara lain, teks deraf yang dicadangka­n itu memberi WHO akses serta-merta kepada 20 peratus daripada pengeluara­n produk kesihatan berkaitan pandemik, termasuk vaksin.

Dalam aspek ini, ada negara yang mahu akses kepada WHO ditetapkan pada ‘sekurang-kurangnya 20 peratus’, manakala ada negara Barat mahu mengehadka­nnya kepada ‘sehingga 20 peratus’.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia