Berita Harian

AS khuatir virus selesema burung bermutasi

- REUTERS

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mendedahka­n data secara dalam talian mengenai inf luenza A yang ditemui dalam sisa air kumbahan.

Data itu dipercayai mampu memberikan petunjuk baharu mengenai wabak selesema burung (H5N1) yang ditemui dalam ladang lembu dan menjangkit­i hingga 42 kumpulan ternakan berkenaan.

Ketua pasukan sisa air kumbahan CDC, Amy Kirby, berkata agensi itu sudah mengenal pasti punca tersebarny­a influenza A dan sub jangkitan H5N1 di beberapa tapak dan sedang menyiasat sumbernya.

Beliau berkata, sehingga kini tiada tanda jangkitan H5N1 pada manusia kecuali seorang pekerja ladang tenusu, sekali gus menimbulka­n kekhuatira­n mengenai keupayaan virus itu bermutasi.

CDC sudah mengumpul data influenza dalam air kumbahan membabitka­n kira-kira 600 tapak sejak musim luruh lalu untuk mengesan jangkitan itu dengan lebih baik.

“Data itu boleh membantu dalam menjejaki wabak H5N1 yang menjangkit­i 42 kumpulan ternakan di sembilan negeri di AS dan seorang pekerja ladang tenusu,” katanya.

Pada masa sama, Kirby berkata, saintis sedang mengkaji dengan teliti perubahan terhadap virus itu, yang boleh merebak dengan mudah dalam kalangan manusia.

Katanya, ujian sisa air kumbahan mampu mengesan pelbagai jenis influenza A, termasuk H5N1, tetapi penemuan itu tidak menunjukka­n sumber virus, sama ada ia datang dari burung, lembu, susu, ladang atau manusia.

“Paparan data melalui papan pemuka awam itu akan membolehka­n individu menyemak peningkata­n inf luenza A di kawasan mereka dan membanding­kannya dengan data terdahulu.

“Kes influenza bermusim menurun dengan mendadak, maka sebarang lonjakan boleh memberi isyarat mengenai kes selesema yang luar biasa,” katanya.

Kirby berkata, sehingga kini, ujian sudah mengenal pasti beberapa peningkata­n kehadiran selesema dalam sampel yang hanya terhad pada segelintir tapak sahaja.

Katanya, lebih mengejutka­n adalah wabak dalam kalangan lembu dan kehadiran virus dalam susu, kadang-kala memasuki ke dalam sisa air kumbahan.

“Kita sedang berusaha untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada penemuan virus dalam sisa air,” katanya.

Sebelum ini, ujian mendapati bahawa satu daripada lima sampel susu komersial AS mengandung­i saki-baki virus H5N1, sekali gus menunjukka­n wabak itu mungkin lebih meluas daripada hanya dalam kalangan kumpulan ternakan.

 ?? (Foto REUTERS) ?? Saintis mengkaji dengan teliti terhadap virus yang boleh merebak dengan mudah dalam kalangan manusia.
(Foto REUTERS) Saintis mengkaji dengan teliti terhadap virus yang boleh merebak dengan mudah dalam kalangan manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia