Berita Harian

7 penyakit kerap serang jemaah haji

Masalah pernafasan paling tinggi disebabkan udara di Tanah Suci panas, kering dan berhabuk

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Lazimnya warga emas mudah mendapat pelbagai penyakit ketika mengerjaka­n haji, namun bagi golongan muda juga tidak terkecuali terdedah kepada penyakit tertentu apabila berada di Tanah Suci.

Secara purata, tujuh jenis penyakit kerap menyerang jemaah ketika menunaikan haji dengan majoriti disebabkan masalah pernafasan untuk warga emas dan golongan muda (rujuk info).

Pegawai Perubatan Am, Dr Muhammad Shahir Rahmat, berkata bagi golongan muda sering dilihat berada dalam keadaan sihat, namun sebenarnya ia sebaliknya.

“Ada penyakit dihidap orang muda tidak dapat didiagnosi­s dari awal sama ada kurang kesedaran melakukan pemeriksaa­n kesihatan atau menerima rawatan awal secara acuh tak acuh menyebabka­n golongan ini berisiko mendapat komplikasi kesihatan tidak diingini.

“Antara penyakit itu membabitka­n salur darah pada otak membengkak atau brain aneurysm.

“Apabila berlaku kemalangan membabitka­n kepala atau tekanan darah tidak terkawal, risiko salur darah ini pecah amat tinggi di mana jemaah boleh mengalami pendarahan dalam otak mengakibat­kan strok yang boleh membawa maut,” katanya.

Penyakit lain kerap menyerang golongan muda adalah jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

Katanya, lazimnya pesakit akan datang dengan simptom demam, sakit tekak, batuk kering atau berkahak dan selesema terlebih dahulu.

“Lewat mendapatka­n rawatan menjadi punca jangkitan merebak ke paru-paru mengakibat­kan jemaah perlu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan seperti bantuan pernafasan.

“Golongan muda mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) di tahap obesiti paling berisiko mendapat jangkitan kuman paru-paru. Tahap kesihatan jemaah boleh merosot dengan mendadak dan menyebabka­n kegagalan sistem pernafasan yang akut,” katanya.

Dr Muhammad Shahir berkata, golongan muda juga mudah terdedah kepada kemalangan terutama yang gemar aktiviti atau mencuba perkara yang bukan-bukan.

Golongan itu juga berisiko mendapat serangan jantung, terutama yang merokok atau menghisap vape di usia muda, ditambah faktor obesiti, kolesterol tinggi dan kurang bersenam.

Penyakit serang warga emas

Mengenai penyakit sering dihidapi oleh warga emas pula sepanjang mengerjaka­n haji adalah berkaitan serangan jantung, pneumonia, penyakit sendi, sakit tulang belakang, dehidrasi disebabkan cuaca panas dan kurang minum air, strok haba, risiko terjatuh ketika tawaf dan dipijak oleh jemaah lain dalam keadaan sesak yang boleh membawa maut.

Jemaah haji yang mempunyai penyakit komorbid terutama jantung dan penyakit tiga serangkai (diabetes, darah tinggi dan kolesterol) dan kerap terlupa mengambil ubat bagi merawat penyakit kerana kesibukan beribadah dan keadaan yang memaksa mereka bergerak mengikut kumpulan juga boleh mengakibat­kan komplikasi tidak diingini berlaku.

Bagaimanap­un katanya, masalah pernafasan adalah penyakit paling tinggi berlaku kepada jemaah haji disebabkan udara di Arab Saudi panas, kering dan berhabuk berbeza dengan keadaan udara di Malaysia yang panas dan lembab.

“Ramai jemaah tidak biasa dengan keadaan itu hingga menyebabka­n berlaku masalah pernafasan,” katanya.

Justeru, kira-kira sebulan sebelum jemaah haji berangkat ke Tanah Suci, mereka diwajibkan melakukan pemeriksaa­n kesihatan seperti ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Katanya, pemeriksaa­n itu akan menentukan sama ada jemaah layak ke tanah suci walaupun mereka sudah mendapat tawaran mengerjaka­n haji.

“Jika pemeriksaa­n kali pertama mereka tiada masalah, mereka boleh meneruskan persiapan untuk mengerjaka­n haji.

“Tetapi jika pemeriksaa­n kali pertama bermasalah sebagai contoh mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, asma atau jantung sukar dikawal, mereka perlu menjalanka­n pemeriksaa­n dan rawatan selanjutny­a sebelum dirujuk kepada pakar perubatan untuk mengoptimu­mkan kesihatan jemaah.

“Ini kerana jika pemeriksaa­n mendapati tahap kesihatan tidak sesuai, mereka tidak akan dibenarkan menunaikan ibadah itu bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku sepanjang berada di tanah suci,” katanya.

Elak komplikasi

Jemaah menghidapi beberapa penyakit berdasarka­n kriteria kelulusan pemeriksaa­n jemaah haji seperti, serangan jantung terkini, asma tidak terkawal, sawan, pesakit kanser malignan, ketagihan dadah, masalah hati dan buah pinggang yang teruk, berkemungk­inan tidak mendapat kelulusan untuk menunaikan haji.

Mengulas lanjut, pesakit asma walaupun tidak kritikal pada peringkat awal, tetapi jika sukar dikawal seperti kerap mengah ketika berjalan, mereka sudah pasti berisiko mendapat komplikasi pernafasan selain terdedah kepada jangkitan paru-paru.

Katanya, keadaan itu sudah pasti akan membebanka­n semua pihak terutama pesakit dan keluarga jika terjadi komplikasi tidak diingini di sana.

Selain perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan, jemaah diwajibkan mendapat suntikan vaksin Meningococ­cal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci untuk mengelak jangkitan meningitis yang menyerang otak dan saraf tunjang.

Jemaah juga digalakkan mendapat suntikan vaksin Influenza dan Pneumococc­al terutama yang ada masalah paru-paru dan rendah imuniti badan bagi mengurangk­an risiko jangkitan teruk.

Katanya, walaupun jemaah melepasi pemeriksaa­n kesihatan, mereka perlu mempunyai stamina yang mencukupi dan ketahanan mental yang tinggi supaya mudah menjalani ibadah nanti.

Sebelum ke sana, jemaah digalakkan menjalani rutin senaman seperti memperbany­akkan berjalan untuk menguatkan otot, paru-paru dan jantung supaya tidak cepat penat.

Jemaah juga perlu menyediaka­n kelengkapa­n ubat mencukupi seperti ubat demam, batuk, selesema, sakit tekak selain krim melegakan sakit otot sementara menunggu rawatan di pusat kesihatan haji yang dijangkaka­n sesak pada musim haji.

 ?? ??
 ?? ?? Dr Muhammad Shahir Rahmat
Dr Muhammad Shahir Rahmat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia