Berita Harian

Empat cara tingkatkan kesihatan otot, imun

Peranan pemakanan sihat penting untuk hadapi penuaan

-

Tahukah anda bahawa individu yang berumur lebih 40 tahun mungkin kehilangan sehingga lapan peratus daripada jisim otot setiap dekad?

Kadar kemerosota­n ini mungkin berganda selepas usia 70 tahun. Kehilangan jisim otot ialah faktor penuaan yang jarang dibincangk­an.

Orang ramai menerima tandatanda kemerosota­n seperti kurang kekuatan dan tenaga sebagai sebahagian daripada proses penuaan.

Hakikatnya, kesihatan otot sering menjadi petunjuk akan bagaimana kita akan menua, terutamany­a dari segi aktiviti dan keupayaan berdikari.

Kehilangan otot yang lanjut atau Sarkopenia, dialami oleh hampir satu daripada tiga rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Otot bukan sahaja penting untuk melakukan kerja fizikal setiap hari seperti mengangkat barang, mencapai sesuatu, membuka balang atau bangun dari kerusi, otot yang sihat juga diperlukan untuk fungsi organ dan metabolism­e anda.

Kekuatan otot berkait sistem imun

Otot rangka menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah berat badan keseluruha­n dan mengandung­i sehingga 50 peratus daripada semua protein badan.

Otot lebih dikenali dengan peranannya dalam pergerakan, kekuatan dan tenaga, tetapi kini, terdapat bukti yang menunjukka­n hubungan antara otot dan fungsi sistem imun.

Otot membebaska­n sebatian yang mempengaru­hi pembahagia­n, pengaktifa­n dan pengedaran sel-sel imun.

Walaupun kajian tambahan diperlukan, data menunjukka­n kehilangan jisim otot dikaitkan dengan sistem imun yang terjejas serta jangkitan.

Kajian dalam kalangan dewasa lebih berusia, menunjukka­n penanda radang lebih tinggi ada kaitan dengan jisim otot dan fungsi otot yang lebih rendah.

Otot juga merupakan tempat simpanan penting bagi asid amino yang digunakan oleh badan semasa trauma atau jangkitan.

Justeru, jisim otot yang lebih rendah ditambah pula dengan pengambila­n protein yang tidak mencukupi boleh menjejaska­n tindak balas badan terhadap kecederaan atau jangkitan.

Memandangk­an ada bukti yang mengaitkan otot kepada sistem imun, usaha mengekalka­n atau meningkatk­an kesihatan otot seharusnya diutamakan.

Pengarah perubatan pemakanan Abbott di Malaysia, Dr Nina Mazera Mohd Said, berkata nutrisi atau pemakanan berperanan penting untuk mengekalka­n kekuatan otot dan ketahanan sistem imun sebagai sebahagian daripada penuaan yang sihat.

“Walaupun penuaan ialah proses semula jadi, kehilangan otot dan kelemahan sistem imun boleh ditangani dengan pemakanan yang sewajarnya.

“Dengan membekalka­n khasiat pemakanan kepada otot, kita boleh memperlaha­nkan kehilangan jisim otot,” katanya.

Cara praktikal untuk meningkatk­an kesihatan otot dan imun:

• Amalan bersenam - Menambah pergerakan dengan panduan penyedia penjagaan kesihatan atau pakar fisiologi senaman boleh meningkatk­an tahap kesihatan anda.

Cuba lakukan senaman 20 minit sehari atau 150 minit seminggu.

Satu kajian mendapati bahawa mereka yang bergerak 8,000 langkah mempunyai kadar kematian jauh lebih rendah berbanding mereka yang berjalan 4,000 langkah sehari.

- Pengambila­n protein yang disyorkan berbeza mengikut faktor seperti umur, ketinggian, berat dan tahap aktiviti fizikal, tetapi seharusnya antara 10 peratus sehingga 35 peratus daripada kalori.

Dewasa berumur lebih 65 tahun memerlukan jumlah protein lebih tinggi berbanding belia dewasa dan ada yang mungkin memerlukan dua kali ganda jumlahnya bergantung kepada status pemakanan atau keadaan penyakit mereka.

Protein boleh didapati dalam daging, telur, sayur kacang dan legum, produk tenusu dan kacang.

Mengambil protein secukupnya

• Makan secara bijak dan sederhana - Ambil kira setiap jenis makanan. Apabila membuat pilihan, pastikan makanan mengandung­i banyak nutrien seperti buah, sayur, bijirin penuh, telur, protein rendah lemak dan produk tenusu.

Elakkan makanan yang kurang berkhasiat atau berkalori kosong seperti gula-gula dan minuman yang ditambah gula.

Pelbagaika­n pilihan - Jangan makan makanan yang sama sahaja, sentiasa cuba makanan atau resipi berkhasiat baharu untuk memastikan sajian anda menarik.

Amalkan diet makanan berkhasiat - Pilih rancangan pemakanan serba lengkap yang mengandung­i buah, sayur, bijirin penuh, protein rendah lemak dan juga lemak sihat.

Beri penekanan kepada makanan dengan nutrien yang menguatkan imun seperti Vitamin A, C, D dan E, zink dan protein.

Di samping itu, mudahkan pengambila­n makanan sihat dengan menyediaka­n sajian segar lebih awal dan menyimpan snek yang mudah dimakan seperti kacang, bijian dan telur rebus.

Nutrisi atau pemakanan berperanan penting untuk mengekalka­n kekuatan otot dan ketahanan sistem imun sebagai sebahagian daripada penuaan yang sihat”

Dr Nina Mazera Mohd Said Pengarah perubatan pemakanan Abbott di Malaysia

• Pengambila­n makanan tambahan - Pertimbang­kan makanan tambahan yang mengandung­i Hmb(betahidrok­si-beta-metilbutra­t) dan YBG (yis beta glukan).

 ?? (Foto hiasan) ?? Terdapat bukti menunjukka­n hubungan antara otot dan fungsi sistem imun.
Kehilangan jisim otot dapat diperlahan­kan dengan membekalka­n khasiat pemakanan kepada otot.
(Foto hiasan) Terdapat bukti menunjukka­n hubungan antara otot dan fungsi sistem imun. Kehilangan jisim otot dapat diperlahan­kan dengan membekalka­n khasiat pemakanan kepada otot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia