Berita Harian

Kepentinga­n imunisasi dewasa

Ramai tidak kemas kini vaksinasi perlindung­an menyeluruh untuk cegah penyakit

-

Tatkala penduduk Malaysia beralih kepada demografi yang semakin berusia, kepentinga­n imunisasi dewasa menjadi semakin ketara.

Dengan memastikan individu menerima vaksin yang diperlukan, orang dewasa boleh kekal aktif, menjadi ahli yang sihat dalam masyarakat dan ekonomi, sekali gus memanjangk­an produktivi­ti, mengekalka­n sumbangan kepada ekonomi tempatan, dan mengurangk­an kos penjagaan kesihatan, walaupun memasuki usia emas.

Menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah individu berumur 65 tahun dan ke atas semakin meningkat dengan kira-kira 2.5 juta orang termasuk dalam kategori ini.

Jabatan itu mengunjurk­an Malaysia akan mempunyai jumlah yang hampir sama daripada golongan muda (18.6 peratus) dan golongan berusia (14.5 peratus) pada 2040.

Hal ini bermakna dalam tempoh kurang dua dekad, golongan berusia akan melepasi enam juta, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berusia.

Pengarah Perubatan Vaksin GSK Malaysia, Dr Thanabalan Fonseka, berkata inisiatif imunisasi kanak-kanak di sekolah dan dalam komuniti sudah mantap dengan kadar liputan yang tinggi.

Cabaran utama vaksinasi golongan dewasa terletak pada kurangnya kesedaran mengenai penyakit cegahan vaksin (VPD) dan pilihan pencegahan­nya.

“Akibatnya, ramai orang dewasa masih tidak menyedari pentingnya mengemas kini vaksinasi terkini atau mungkin secara tidak sengaja terlepas pandang cadangan suntikan penggalak atau vaksin baharu yang boleh didapati apabila semakin berusia,” katanya.

Jejas kadar vaksinasi dewasa

Halangan logistik seperti akses terhad kepada perkhidmat­an penjagaan kesihatan dan kekangan kewangan, terus menjejaska­n kadar vaksinasi dewasa.

Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk meningkatk­an kesedaran, menambah baik kebolehcap­aian serta menekankan betapa mustahakny­a memberikan keutamaan kepada vaksinasi dewasa bagi memastikan perlindung­an menyeluruh terhadap penyakit yang boleh dicegah sepanjang masa.

Kita mesti beralih daripada ‘penjagaan sakit’ kepada penjagaan kesihatan dan pencegahan untuk menjadikan imunisasi dewasa sebagai standard penjagaan dengan membina kepercayaa­n terhadap nilai vaksinasi dewasa di Malaysia," katanya.

- Vaksin dewasa ialah vaksin yang disyorkan khusus untuk individu dewasa bagi melindungi diri daripada pelbagai penyakit cegahan vaksin (vaccine-preventabl­e diseases, VPD). Pemvaksina­n dewasa yang paling lazim antaranya termasuk COVID-19, influenza, penyakit pneumokoka­l, herpes zoster, dan respirator­y syncytial virus (RSV).

Apakah imunisasi dewasa? • Siapakah yang berisiko?

- Kumpulan umur yang berisiko untuk pelbagai penyakit yang disasarkan oleh vaksinasi dewasa berbeza-beza bergantung kepada penyakit.

Walau bagaimanap­un, secara amnya, orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas berisiko lebih tinggi untuk penyakit berjangkit tertentu disebabkan faktor seperti sistem imun yang semakin merosot akibat penuaan, keadaan kesihatan sedia ada dan imuniti vaksin yang menurun mengikut peredaran masa.

Selain itu, individu yang mempunyai sistem imun lemah akibat keadaan seperti HIV/AIDS, kanser atau ubat imunosupre­sif mungkin lebih terdedah kepada penyakit berjangkit.

(Foto hiasan)

 ?? ?? Cabaran utama vaksinasi dewasa adalah kurangnya kesedaran mengenai penyakit cegahan vaksin.
Cabaran utama vaksinasi dewasa adalah kurangnya kesedaran mengenai penyakit cegahan vaksin.
 ?? ?? Dr Thanabalan Fonseka
Dr Thanabalan Fonseka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia