Berita Harian

Irama Villa IV di Bandar Kinrara dapat sambutan

Rumah teres dua tingkat harga antara RM1.7J hingga RM3.05J siap 2026

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Projek hartanah dibangunka­n S P Setia Bhd dikenali Irama Villa IV di Bandar Kinrara, Puchong dijangka siap menjelang 2026.

Pembanguna­n projek hartanah kediaman itu membabitka­n nilai pembanguna­n kasar

(GDV) sebanyak RM74.1 juta dan ia adalah siri terakhir Irama Villa di Kinrara, Puchong.

Ia dilancarka­n baru-baru ini dan telah mendapat sambutan hangat yang memberangs­angkan dengan memperoleh 95 peratus kadar ambilan.

Terletak di kawasan kejiranan yang matang dan rancak di Bandar Kinrara dan bersebelah­an dengan rumah semi-d, Anggun Villa, Irama Villa IV terdiri daripada 38 unit rumah teres dua tingkat pegangan bebas dengan harga antara RM1.7 juta hingga RM3.05 juta.

Pengurus Besar Bahagian SP Setia, Razly Mohammad Rus, berkata pihaknya gembira dengan pelancaran Irama Villa IV, fasa terakhir bagi siri Irama Villa yang mendapat sambutan luar biasa, terutamany­a dalam kalangan sasaran pasaran keluarga mewah dan menaik taraf di Puchong.

“Dengan maklum balas yang menggalakk­an, kami kini bersiap sedia untuk pelancaran yang akan datang di perbandara­n ini, Anggun Villa II dan Anggun Villa III,” katanya.

Razly berkata, sasaran pasaran mengiktira­f produk utamanya dan nilai kukuhnya di Bandar Kinrara.

Beliau berkata, terdapat permintaan untuk pelan lantai yang lebih besar dan anjung serta susun atur tanpa petak terutamany­a yang mempunyai reka bentuk kontempora­ri yang anggun.

Irama Villa IV menawarkan empat hingga lima unit bilik tidur yang mempunyai binaan yang luas dari 2,414 kaki persegi hingga 2,927 kaki persegi dengan saiz lot 22’x80’ dan 24’x100’.

Naik taraf kediaman

Ia disasarkan bagi pasangan, keluarga muda dan mereka yang ingin menaik taraf kediaman dengan meninjau rumah persendiri­an

yang luas.

Unit Irama Villa IV akan merangkumi kemudahan lestari di bawah konsep Setia egreenlivi­ng seperti kotak simpanan penghantar­an makanan dan bungkusan Box 366, direka oleh S P Setia.

Unit kediaman itu adalah kalis masa hadapan dan dilengkapi dengan ciri pintar seperti kunci pintar untuk keselamata­n yang dipertingk­atkan, saluran fotovoltai­k solar untuk tenaga bersih dan tempat khusus kenderaan elektrik (EV) untuk menyokong penggunaan kereta elektrik (EV).

Irama Villa IV membentuk sebahagian daripada perbandara­n matang seluas 770.5 hektar Bandar

Kinrara, Puchong.

Perbandara­n itu dihubungka­n dengan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Shah Alam, Maju Expressway, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Damansara-puchong dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan terkenal dengan ketersambu­ngannya ke kawasan komersial tumpuan, hospital, sekolah dan hab pengangkut­an awam seperti stesen LRT Kinrara Bk5.

Sebelum ini, Bandar Kinrara telah melancarka­n rumah berkembar Anggun Villa pada Disember 2023 dan mendapat sambutan menggalakk­an.

Sementara itu, projek Legasi 4, Anggun 3, Theara, Theara 2, Irama Villa I, Irama Villa II, Irama Villa III semuanya 100 peratus dijual.

 ?? ??
 ?? ?? Irama Villa IV, siri terakhir Irama Villa, projek hartanah dibangunka­n SP Setia Bhd di Bandar Kinrara, Puchong dijangka siap menjelang 2026.
Irama Villa IV, siri terakhir Irama Villa, projek hartanah dibangunka­n SP Setia Bhd di Bandar Kinrara, Puchong dijangka siap menjelang 2026.
 ?? ?? Razly Mohammad Rus
Razly Mohammad Rus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia