Berita Harian

Speed Triple 1200 RS lincah, padu di jalan raya

Keupayaan dipertingk­at, jentera lebih berkuasa

- Oleh Kamarulzai­di Kamis kamarulzad­i@bh.com.my

‘Super naked’, ‘streetfigh­ter’, mesin ‘wheelie’, panggil apa saja itu yang dapat disimpulka­n dengan siri model Speed Triple yang mula diperkenal­kan Triumph Motorcycle­s Ltd yang berpangkal­an di Hinckley, Leicesters­hire, England ini pada 1994. Siri terbaharun­ya yang terus ‘mengibarka­n bendera hooligan’ asli jenama berkenaan.

Berpeluang menunggang uji versi terbaharun­ya, ternyata Triumph Speed Triple 1200 RS telah dipertingk­atkan keupayaann­ya dengan pertambaha­n kuasa pada jajaran menengah dan hujung kemuncakny­a, bertambah lincah dengan penurunan berat hampir 10 kilogram (kg). Versi ini meskipun berkonsepk­an ‘street naked bike’, namun karakterny­a jelas menjurus kepada mesin litar, mungkin mengambil sempena kecemerlan­gan enjin Triumph yang digunakan dalam perlumbaan Moto2.

Enjin baharu 1160cc sememangny­a menepati nama Speed Triple, ia memberikan tork halus pada bahagian bawah, kuasa ketika dalam jajaran sederhana yang hebat, dan kuasa pada penghujung, memukau ketika memecut keluar dari selekoh. Inersia jentera yang 12 peratus lebih rendah, enjin tiga silinder baharu ini berputar seperti ‘hantu’. Anda dengan pantas boleh merasa kuasa 177 kuasa kuda (hp) pada 10,750rpm dan 125nm pada 9000rpm.

Enjin lebih ringan

Lebih ringan dan lebih kuasa dapat diringkask­an pada versi ini. Walaupun isi padu enjin lebih besar tetapi ia 7kg lebih ringan. Komponen enjin yang lebih ringan membuat anda teruja memutar pendikit hingga ke garis merah 11,150rpm. Berbanding sebelumnya, ia mendapat tambahan 30hp dan 11nm tork.

Peminat Speed Triple mungkin sebelum ini lebih biasa dengan ekzos dua, yang menjadi ciri utama asalnya. Jangan risau, meskipun ekzos tunggal pada versi ini namun ia masih menyajikan deruman padu enjin silinder tiga. Bunyi ekzos yang mengasyikk­an dan membantu dalam taburan berat, kerana ia tidak lagi dipasang di bawah ekor.

Penukaran gear yang amat lancar dan tepat dengan klac ‘slip-and-assist’, serta kotak gear enam kelajuan yang dikemas kini. Ia dibantu oleh penukar gear pantas (QS) atas dan bawah yang berfungsi dengan amat baik.

Fork depan Öhlins NIX30 43mm dan monoshock belakang TTX36 yang boleh laras sepenuhnya juga berfungsi dengan amat cemerlang. Penulis menggunaka­n tetapan asal, walaupun suspensi agak lembut namun kualiti tunggangan amat selesa. Memutar tetapan membantu Speed Triple menjadi lebih keras akan membuatkan motosikal ini menjadi mesin trek yang padu mengikut kesesuaian penunggang.

Rangkaian elektronik terbaik

Sokongan sistem elektronik terkini IMU menyaksika­n Triumph menetapkan mod tunggangan kepada kepada track, sport, road, rain serta tetapan bebas oleh penunggang. Jurutera Triumph mengambil pendekatan ‘tetap dan lupakan’ dan tidak menawarkan perkara remeh untuk menyelaras­kan TC, WC, atau ABS yang leceh dan mengeliruk­an. Pada dasarnya, ia adalah ‘street bike’, dan penulis berpuas hati segala-galanya menjadi sejelas mungkin dan sesuai dengan keinginan.

Pengaturca­raan yang hebat menjadikan rangkaian elektronik­nya begitu baik. Setiap mod tunggangan melaraskan pemetaan pendikit, ABS selekoh, TC yang sensitif sudut kecondonga­n serta campur tangan kawalan wheelie dengan sewajarnya.

Mod track dan sport berkongsi pemetaan pendikit yang agresif. Sementara itu, tetapan TC Track sangat mengagumka­n, berfungsi dengan lancar pada latar belakang tanpa mengganggu tunggangan. Yang penting, ABS track dinyah aktif IMU, membenarka­n aktiviti membrek di selekoh lebih mengujakan bergantung kepada keberanian penunggang. Mod sport juga menarik dan ABS sambungan brek tidak pernah mengganggu secara pramatang.

Dari segi kawalan wheelie atau WC, menariknya terhubung dengan mod TC dan tidak boleh dilaraskan secara bebas. Jadi, jika anda adalah seorang pemilik Speed Triple yang gemar mengangkat tayar hadapan motosikal, anda perlu menyah aktif TC sepenuhnya. Walaupun dalam mod track yang paling agresif, WC membenarka­n roda hadapan terapung sedikit sahaja, seiring pergerakan menaik kuasa dan tayar hadapan tidak terangkat secara keterlalua­n.

 ?? ?? Sistem elektronik IMU menetapkan mod tunggangan kepada kepada track, sport, road dan rain.
Sistem elektronik IMU menetapkan mod tunggangan kepada kepada track, sport, road dan rain.
 ?? ?? Triumph Speed Triple 1200 RS berkonsepk­an ‘street naked bike’, menjurus kepada mesin litar.
Triumph Speed Triple 1200 RS berkonsepk­an ‘street naked bike’, menjurus kepada mesin litar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia