Berita Harian

530 meriahkan We Ride As One

Acara permulaan sebelum World Ducati Week 2024 tambah keceriaan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Acara We Ride As One yang dianjurkan hujung minggu lalu berjaya mengumpul 530 pemilik Ducati untuk menyertai tunggangan di dua destinasi berbeza iaitu dari Sungai Buluh, Selangor ke Putrajaya dan sekitar Pulau Pinang.

Berfungsi sebagai pendahulu kepada acara World Ducati Week 2024 yang sangat dinantikan, We Ride As One telah mempamerka­n daya tarikan global jenama ini dan pembabitan peminat jentera berprestas­i terkemuka itu.

Menurut Ducati Malaysia, keberhasil­an sambutan acara penting Ducati di negara ini dilihat berterusan selama tiga tahun berturut-turut.

“Ia berjaya dengan kehadiran peserta yang semakin meningkat dan peminat setia Ducati dalam negara ini,“katanya.

We Ride As One pertama memulakan jelajah dari Ducati Sungai Buloh selepas taklimat keselamata­n daripada marshall Kelab Pemilik Ducati Malaysia (DOCM).

Seramai 330 pemilik Ducati bergerak ke lokai pertama iaitu Jambatan Seri Gemilang, Putrajaya sejauh lebih 50 kilometer (km).

Jelajah santai

Sebaik sampai di jambatan yang dianggap ikonik kerana seni binanya yang unik, semua pemilik Ducati meneruskan perjalanan ke Jambatan Seri Saujana kira-kira 3 km dari lokasi pertama.

Selepas melalui Jambatan Seri Saujana, konvoi Ducati meneruskan perjalanan ke destinasi ketiga dan terakhir di Kelab Tasik Putrajaya.

Di Kelab Tasik Putrajaya, pemilik Ducati menamatkan tunggangan santai sebelum makan tengah hari bersama-sama dan memahat memori menerusi foto kenangan kumpulan.

“Peserta memulakan perjalanan pemandanga­n dari Ducati Sungai Buloh ke Kelab Tasik Putrajaya. Mereka menikmati keseronoka­n menunggang melalui laluan yang indah dan pemandanga­n yang menarik.

“Walaupun berdepan hujan pada sebelah pagi, acara We Ride As One menyaksika­n penyertaan yang mengagumka­n sebanyak 330 Ducatisti yang bersemanga­t, menonjolka­n kesetiaan dan semangat mereka terhadap jenama Ducati dan komuniti,” kata Ducati Malaysia.

Antara yang turut menyertai konvoi santai berkenaan Pengarah Pemasaran Ducati Asia Pasifik, Siddharta Varma; Pengarah Eksekutif Naza Automotive Group, Rizal Jailan; Ketua Pengedar CRM & Kelab Rasmi Ducati Motor Holding, Luca Gallerani;

Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael; Pengarah Ducati Welly Sungai Buloh, Ngo Yoke Kwang; dan Pengarah Operasi Ducati Welly Sungai Buloh, Ngo Kim Sieng.

Selain di Lembah Klang, acara We Ride As One turut diadakan di Pulau Pinang.

Acara di utara tanah air itu berjaya mengumpulk­an kira-kira 200 motosikal dari pelbagai jenama Ducati yang turut disertai pemilik dari Kedah.

“Acara yang berlangsun­g di Pulau Pinang menyaksika­n perhimpuna­n motosikal Ducati daripada pelbagai model, menunjukka­n semangat perpaduan dan persahabat­an di kalangan peminat motosikal.

“Pembonceng dari Kedah turut menyertai acara ini, sekali gus menambahka­n keceriaan dan keghairaha­n,” tambah Ducati Malaysia.

 ?? ?? Pengurusan Ducati Malaysia bergambar kenangan sebelum acara pelepasan tunggangan santai We Ride As One ke Putrajaya.
Pengurusan Ducati Malaysia bergambar kenangan sebelum acara pelepasan tunggangan santai We Ride As One ke Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia