Berita Harian

Tak mengapa Masing-masing tidak layak ke AJL

Ernie puas hati lagu duet ciptaan Ade Govinda tawan hati peminat Indonesia

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Penyanyi Ernie Zakri yang sedang melonjak naik menerusi lagu Masing-masing ciptaan Ade Govinda tidak berkecil hati berkemungk­inan lagu duet itu tidak akan dipertandi­ngkan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) memandangk­an penciptany­a bukan pengkarya tempatan.

Ernie berkata, dia menerima kemungkina­n itu dengan hati terbuka, bagaimanap­un tidak menolak hakikat AJL adalah pentas berprestij yang mampu menaikkan karya dan kredibilit­i seseorang penyanyi.

“AJL adalah acara anugerah berprestij di Malaysia. Saya tak nafikan, ia juga adalah satu batu loncatan bagi setiap penyanyi.

“Saya juga percaya kita semua juga ada impian. Saya pernah ada satu impian beraksi di pentas AJL dan Alhamdulil­lah, saya sudah dapat.

“Sekarang jika tidak ada rezeki untuk lagu Masing-masing berada di pentas AJL, tidak mengapa.

“Selagi orang tahu lagu ini dan mendapat tempat di hati, itu lebih penting. Layak atau tak layak dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia tidak mengapa,” katanya kepada HIP.

Bukan pengukur kejayaan

Tambah Ernie, dia tidak menafikan anugerah adalah satu perkara yang baik untuk seseorang penyanyi supaya mereka rasa bersemanga­t untuk melakukan karya seterusnya, namun ia bukanlah pengukur kejayaan.

“Anugerah bukan pengukur kejayaan. Sebab pengukur kejayaan saya adalah penghargaa­n daripada peminat. Saya selalu cakap, kehidupan dan perjalanan dalam dunia nyanyian ini bukanlah suatu pertanding­an.

“Ia adalah satu titian yang membawa saya berjumpa ramai peminat.

“Dalam banyak maklum balas yang diterima, itulah adalah perjalanan saya. Itulah yang manis sebenarnya.

“Mungkin pada usia 32 tahun ini, ia sudah memberikan perspektif baharu dan lebih positif.

“Jadi, tidak mengapa kalau saya tidak menang apa-apa sebab selagi peminat memahami dan menyukai karya, saya sudah bersyukur.

“Malah, kehadiran cahaya mata,

Nur Khawla Soleha juga membuatkan saya mahu lakukan semua perkara jadi menyeronok­kan.

“Saya bekerja penat-penat pun untuk anak,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahanny­a, Zeleb+

NMN di Arena Watsons, pusat beli-belah The Exchange TRX, di sini, kelmarin.

Selagi orang tahu lagu ini dan mendapat tempat di hati, itu lebih penting. Layak atau tak layak dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia tidak mengapa”

Ernie Zakri

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Ernie terima kemungkina­n lagu Masingmasi­ng tak bolos AJL dengan hati terbuka.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Ernie terima kemungkina­n lagu Masingmasi­ng tak bolos AJL dengan hati terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia