Berita Harian

Awie kecewa Rebel dibandingk­an filem bajet besar

-

Boleh diumpamaka­n nelayan berperahu kecil berpukat jala, namun manakan sama kapal besar berpukat hanyut di lautan.

Begitulah situasi dilalui penyanyi rock yang kini bergelar pengarah, Datuk Awie apabila ada penonton membanding­kan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak dengan filem terbitan syarikat produksi gergasi dan berbajet berlipat kali ganda.

Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, tidak adil untuk membanding­kan filemnya itu dengan naskhah yang kos pembikinan­nya berbajet mewah.

“Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain?

“Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar.

“Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangk­an ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah,” katanya.

Tidak patah semangat

Mengulas mengenai bajet, kata Awie, dia mengarahka­n filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi.

“Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntu­kkan bajet berganda lebih besar.

“Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya.

“Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Awie, dia tidak akan patah semangat untuk terus berkarya walau apapun maklum balas diterima daripada penonton mengenai filem Rebel.

“Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem.

“Saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem.

“Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang,” katanya.

Apapun, Awie berkata, dia sangat berharap peminat beri sokongan pada filem

Rebel di pawagam tanah air.

Filem bergenre aksi itu diterbitka­n Wau Production­s Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan menampilka­n Ben Amir dan MK K-clique selaku teraju utama. Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbania­h, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara sejak 2 Mei lalu.

 ?? ?? Awie mengarahka­n filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi. (Foto Eizairi Shamsudin/ BH)
Awie mengarahka­n filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi. (Foto Eizairi Shamsudin/ BH)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia