Berita Harian

ELAK BERBELANJA BERLEBIHAN: FIKIR SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN

-

boleh membeli barangan secara pukal untuk barangan harian yang tahan lama seperti beras dan minyak masak untuk sebulan sekali manakala barangan basah seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dibeli secara dua minggu sekali. Anda perlu rancang pembelian dengan menyediaka­n senarai barangan yang perlu dibeli. Elakkan membuat pembelian yang tidak dirancang.

Promosi jualan murah semakin diperhebat­kan menjelang musim perayaan. Persaingan sengit yang sihat ini akan memberi pilihan kepada pengguna. Elakkan mengamalka­n tabiat setia pada satu kedai atau pasar raya. Dengan adanya jualan murah di merata tempat menggalakk­an anda membuat perbanding­an harga.

Faktor kesuntukan masa terutama wanita berkerjaya adalah alasan untuk tidak menyediaka­n makanan sendiri di rumah. Amalan menyediaka­n makanan di rumah lebih menjimatka­n dan kebersihan­nya terjamin.

Kadar penggunaan air yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun kadar penggunaan air di Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak 209 liter sehari telah meningkat sebanyak 220 liter air sehari pada tahun 2018. Pembaziran akan merugikan anda kerana di akhir bulan anda terpaksa membayar bil yang tinggi.

Gunakanlah cahaya matahari untuk menerangi rumah dan penggunaan lampu kalimantan­g atau produk cekap tenaga.

Anda perlu menilai sama ada benar-benar memerlukan­nya atau hanya mahukannya, bolehkah menangguhk­an pembelian itu atau adakah alternatif yang lebih murah. Persoalanp­ersoalan ini perlu difikirkan sebelum anda membuat keputusan. Faktor rakan sebaya juga turut mempengaru­hi anda dalam berbelanja.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia