Berita Harian

KEPERLUAN KEWANGAN JANGKA PENDEK

- RAMAI

yang tidak dapat menyimpan wang kerana wang pendapatan habis digunakan untuk perbelanja­an isi keluarga. Oleh itu, untuk menampung keperluan pulang ke kampung perlu diwujudkan sebuah tabungan khas untuk keperluan itu seperti membuat anggaran berapa jumlah perbelanja­an yang diperlukan untuk pulang ke kampung. Ini tidak termasuk perbelanja­an membeli keperluan menyambut perayaan, seperti pakaian baru, kelengkapa­n rumah, juadah hari raya dan sebagainya.

Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba musim perayaan, pelbagai peralatan baru ingin dibeli, sedangkan kelengkapa­n yang lama masih baik. Oleh itu, tidak perlu menukar kelengkapa­n berkenaan.

Begitu juga dengan amalan memberikan wang kepada kanak-kanak ketika perayaan. Pemberian wang ini menjadi satu amalan wajib bagi setiap keluarga. Sebenarnya ia bukan suatu kemestian dan kadang kala mewujudkan tabiat kebendaan kepada kanak-kanak yang membanding­kan wang pemberian antara ahli keluarga. Sedangkan wang ini hanya untuk tujuan memeriahka­n kanakkanak saja. Oleh itu, berikan sejumlah wang yang berpatutan saja.

Jangan campurkan wang perbelanja­an semasa dengan wang untuk kegunaan pulang ke kampung. Dibimbangi anda menggunaka­n wang untuk perbelanja­an semasa menyebabka­n anda mengalami kesempitan wang perbelanja­an pada bulan terbabit.

Anda masih boleh berjimat cermat untuk pulang ke kampung. Harga makanan di kawasan rehat dan rawat mungkin agak mahal dan berbeza daripada restoran yang lain. Anda boleh menyediaka­n makanan dari rumah untuk menjimatka­n kos makanan dalam perjalanan. Anda sekeluarga berhenti di kawasan rehat dan rawat untuk menikmati makanan yang dibawa. Menyediaka­n makanan dari rumah juga amat menyihatka­n dan terjamin kebersihan­nya.

Sekiranya anda seorang bujang, anda boleh menggunaka­n pengangkut­an alternatif iaitu pengangkut­an awam seperti bas atau kereta api untuk pulang ke kampung. Kos seperti tol, petrol, penyelengg­araan kereta dapat dikurangka­n dan anda tidak perlu berhadapan kesesakan jalan raya semasa musim perayaan.

Bagaimanap­un, anda dinasihatk­an mendapatka­n tiket lebih awal untuk mengelakka­n kehabisan tiket pada saat akhir.

Setiap kali musim perayaan, cuti sekolah atau cuti umum yang panjang, pasti akan berlaku kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Oleh itu, anda dinasihatk­an merancang waktu perjalanan supaya dapat menjimatka­n masa dan penggunaan petrol.

Memandu secara berhemah dan mengikut had laju ditetapkan untuk mengelakka­n saman trafik. Terdapat beberapa panduan yang boleh anda amalkan untuk menjimatka­n penggunaan petrol kenderaan anda.

Untuk membantu mengurangk­an perbelanja­an ini, kos perbelanja­an untuk pulang ke kampung boleh dikongsi bersama isteri (jika isteri bekerja).

Amalan mewujudkan tabungan bersama antara suami isteri untuk menghadapi sesuatu keperluan jangka pendek amat diperlukan.

Tabungan ini bukan saja untuk keperluan pulang ke kampung, tetapi juga untuk menampung keperluan lain, seperti membaiki kereta rosak, membayar insurans kereta dan cukai jalan, membeli keperluan persekolah­an apabila anakanak kembali ke sekolah dan sebagainya.

Tabungan ini diwujudkan sepanjang masa untuk menampung keperluan kewangan jangka pendek.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia