Berita Harian

Faisal selesai pembedahan ketiga, mahu pulang segera

Tunjuk perkembang­an positif, boleh berjalan dalam bilik

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Shah Alam: “Saya nak balik”.

Itu antara luahan yang dilontarka­n pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim selepas pemain itu selesai mengharung­i pembedahan ketiga di sebuah hospital swasta, semalam.

Perkembang­an itu dikongsika­n Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika ditemui media di pekarangan sebuah hospital swasta selepas melawat pemain itu, semalam.

Shahril yang juga Ahli Lembaga Pengarah SFC itu menjelaska­n pemain sayap Harimau Malaya itu terus menunjukka­n perkembang­an yang positif dan kini terus ceria apabila tidak boleh ‘duduk diam’ dalam bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini.

“Dia ‘steady’ dan kata saya nak balik. Itulah semangat dia yang lain sikit sebab dia pun dah mula jalan dalam bilik sebab dia memang seorang yang aktif dan pemain bola sepak.

“Dia pun dah boleh pergi bilik air dengan sendiri dan bagi saya, ini sememangny­a satu perkembang­an yang positif untuk hari ini.

“Cuma apabila dia dah mula nak berjalan dan betul-betul bersemanga­t, itu sangat membanggak­an. Mickey sentiasa jadi Mickey cuma pergerakan­nya agak terbatas dengan balutan di badannya,” kata Shahril.

Faisal cekal

Terdahulu, Faisal yang mengalami lecur tahap empat kerana disimbah asid sulfurik selesai menjalani pembedahan ketiga membabitka­n prosedur ‘skin allograft’ yang berlangsun­g selama kira-kira tiga jam.

Dalam perkembang­an sama, Shahril percaya pemain itu dapat pulih lebih cepat dan situasi itu dibantu dengan kecekalan dan ketabahan ditunjukka­n Faisal sepanjang menjalani rawatan setakat ini.

“Faisal ini istimewa dengan tempoh pemulihann­ya agak cepat. Kita berdoa semoga dia dapat pulih lebih cepat walaupun kita tahu perkara ini memang makan masa sedikit,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Skuad Selangor FC ketika aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin musim lalu.
(Foto Ghazali Kori/bh) Skuad Selangor FC ketika aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia