Berita Harian

Nur Aisyah dapat semangat tambahan

Pelumba wanita negara terima basikal baharu sebelum ke Belgium

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba basikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir memperoleh suntikan semangat tambahan apabila menerima basikal baharu untuk digunakann­ya pada penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris 2024 Julai ini.

Semalam, Nur Aisyah yang muncul sebagai pelumba wanita pertama negara dalam acara lebuh raya beraksi di pentas Olimpik, menerima basikal disumbangk­an Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Cheah Ing Shern.

Berita gembira itu dikongsika­n Datuk Amarjit Singh Gill dalam satu hantaranny­a di Facebook.

“Bersama-sama dengan Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Cheah Ing Shern dalam satu majlis penyerahan basikal kepada Olimpian kita, Nur Aisyah yang menerima sebuah basikal baharu.

“Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan diberikan. Tidak dilupakan juga MSN (Majlis Sukan Negara) yang sentiasa memberikan sokongan kepada Nur Aisyah sejak dia melayakkan diri pada November 2023. Semoga Nur Aisyah dapat melakukan yang terbaik nanti,” kata Amarjit dalam hantaranny­a itu.

Persiapan terakhir

Nur Aisyah dijadual berlepas ke Belgium pada 25 Mei ini sebagai persiapan terakhir sebelum temasya Paris 2024 membuka tirainya secara rasmi 26 Julai nanti dengan pelumba berusia 27 tahun itu turut dijadual akan menyertai kira-kira 20 kejohanan pemanas badan di sekitar Eropah.

Sebelum ini, Nur Aisyah dipilih untuk mengisi slot kelayakan diterima PKBM untuk ke Paris 2024 selepas pihak persatuan membuat pemilihan yang berpanduka­n ranking dan prestasiny­a yang konsisten.

Untuk rekod, Nur Aisyah pernah meraih dua pingat perak menerusi acara lepas beramairam­ai individu dan berpasukan (lebuh raya) dan satu gangsa dalam acara kriterium di Sukan SEA Vietnam 2021.

 ?? (Foto ihsan FB Datuk Amarjit Singh Gill) ?? Nur Aisyah bersama Amarjit dan Mokhzan (tiga dari kiri) ketika menerima sumbangan basikal untuk latihan dan perlumbaan di Olimpik Paris.
(Foto ihsan FB Datuk Amarjit Singh Gill) Nur Aisyah bersama Amarjit dan Mokhzan (tiga dari kiri) ketika menerima sumbangan basikal untuk latihan dan perlumbaan di Olimpik Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia