Berita Harian

Saingan tetap hangat, unik

- Oleh Syafiq Aznan helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Secara kelaziman, Liga Super akan dibuka dengan aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah, namun musim 2024/25 menampilka­n kelainan dan ‘keunikan’ tersendiri apabila aksi pembuka tirai itu tidak dapat dilangsung­kan seperti biasa.

Dua gergasi tempatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC (SFC) sepatutnya berentap di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi namun perlawanan itu ‘hangus’ selepas SFC tidak menyertai perlawanan terbabit atas faktor keselamata­n.

Dengan aksi Sumbangsih sebenar tidak dapat dilangsung­kan, jadi ini bermakna pertembung­an antara PDRM FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang (MPS), petang ini boleh dinobatkan sebagai ‘Piala Sumbangsih Gantian’.

The Cops, Kenari buka tirai

Situasi itu menyaksika­n skuad ‘The Cops’ dan skuad ‘Kenari’ diberikan penghormat­an terbesar untuk membuka tirai musim baharu dan lebih manis, Stadium MPS kembali ‘ditauliahk­an’ sebagai venue pasukan Liga Super bagi musim ini.

Berdasarka­n pencapaian musim lalu, ini pertembung­an pasukan di tangga keempat (KDA FC) dan kelapan (PDRM FC) - ini situasi yang unik memandangk­an aksi pembuka tirai sebelum ini menampilka­n kelibat dua pasukan terbaik negara musim sebelumnya.

Selain itu, satu lagi venue baharu turut dirasmikan apabila Stadium Majlis Perbandara­n Temerloh (MPT) menjadi gelanggang Sri Pahang FC (SPFC) di mana mereka melayan kunjungan ‘pasukan baharu’, Kelantan Darul Naim (KDN) FC yang dijenamaka­n semula daripada Kelantan United.

Selaras penjenamaa­n semula KDN FC, pasukan itu menjadi antara pasukan yang rancak mendapatka­n pemain baharu jadi, sejauh mana perubahan drastik ini mampu memacu pasukan itu yang menamatkan saingan musim lalu di tangga ke-12 liga.

Satu lagi aksi akan berlangsun­g di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) membabitka­n Terengganu FC (TFC) menentang Perak FC dan tumpuan pasti terarah kepada pemain JDT, Safawi Rasid yang kembali secara pinjaman ke pasukan Pantai Timur itu.

Sayangnya, kelibat seorang lagi pemain, Akhyar Rashid tidak dapat disaksikan susulan kecederaan atas insiden malang yang menimpa, jadi amat menarik untuk menyaksika­n sama ada Safawi dapat menembusi kesebelasa­n utama ataupun bermula dari bangku simpanan.

Sejauh mana impaknya bersama skuad Penyu dalam misi untuk dia kembali ke prestasi terbaiknya seperti yang pernah ditunjukka­n bersama skuad Harimau Selatan sebelum ini.

Buat Perak FC, Yusri Che Lah pasti mengharapk­an barisan pemain mudanya akan menjadi bertambah matang selepas mengutip pengalaman berentap bersama ‘abang besar’ dalam Liga Super pada musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia