Berita Harian

Jemaah haji kena cakna pilih pakej, elak jadi mangsa penipuan agensi

-

Saban tahun apabila bermula musim mengerjaka­n haji, sering berlaku kes ada jemaah menjadi mangsa kepada kelemahan tatakelola daripada ejen atau agensi pengendali umrah untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Baru-baru ini, kira-kira 300 bakal jemaah haji Malaysia yang sudah berada di Makkah, kebingunga­n apabila agensi umrah menguruska­n perjalanan mereka, gagal menunaikan janji mendapatka­n kebenaran mengerjaka­n haji pada musim ini.

Bakal haji terbabit menyedari diperdaya selepas mendapati pakej haji murah ditawarkan agensi terbabit, menggunaka­n visa pelancong bagi menunaikan ibadat itu.

Namun ada laporan menyatakan, agensi terbabit sedang berurusan dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menguruska­n visa haji bagi jemaah terbabit.

Walaupun menjadi tanggungja­wab bagi kerajaan untuk menguruska­n permasalah­an ini, pihak jemaah juga sepatutnya perlu lebih cakna sebelum membuat keputusan mengerjaka­n haji mengikut pakej ditawarkan agensi umrah.

Sudah banyak kes seumpama ini berlaku dan dilaporkan, maka sebagai rakyat yang bijak serta pasti terdedah kepada pelbagai sumber maklumat sepatutnya berupaya mengelak daripada menjadi mangsa penipuan atau tatakelola tidak baik agensi umrah ini.

Jangan kerana hendak mengejar pahala ibadah agung, umat Islam terus terpesona dengan pakej ditawarkan sehingga alpa aspek integriti pengurusan haji agensi lalu akhirnya terperangk­ap dalam jerat penipuan.

Kisah penipuan urusan haji yang pernah dilaporkan sebelum ini seharusnya menjadi pengajaran dan iktibar kepada umat Islam supaya lebih waspada serta berhati-hati sebelum membuat keputusan.

Jemaah tidak seharusnya mengambil mudah dalam membuat keputusan memilih agensi umrah untuk menunaikan ibadah haji atau beranggapa­n jika berlaku sebarang masalah berbangkit dalam urusan haji, maka kerajaan dan Tabung Haji (TH) akan tampil membantu.

Sikap seperti ini perlu dijauhi umat Islam kerana ia akan menyebabka­n Islam dan penganutny­a dipandang sinis, seolah-olah tidak mampu berfikir dengan rasional dalam urusan melaksanak­an ibadah haji sehingga akhirnya menjadi mangsa penipuan.

Hakikatnya, Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah mewujudkan garis panduan untuk menjadi rujukan kepada jemaah supaya tidak menjadi mangsa kerakusan agensi umrah selain menyenarai hitam syarikat pengendali yang terbabit dengan penipuan.

Ketika kita semakin gah melangkah ke era digitalisa­si, hidup dalam ruang komunikasi tanpa sempadan, umat Islam perlu memanfaatk­an segala sumber maklumat dan komunikasi untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan termasuk dalam urusan ibadah haji atau umrah.

Pihak MOTAC juga perlu lebih agresif mengambil tindakan terhadap agensi mempunyai rekod ‘hitam’ supaya tidak menyebabka­n lebih ramai menjadi mangsa dan pada masa sama memberi kesedaran kepada bakal jemaah supaya lebih teliti sebelum memilih mana-mana pakej haji ditawarkan agensi umrah.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia