Berita Harian

Peluang Malaysia fahami situasi terkini isu perang Palestin-israel

Perdana Menteri ikrar sokong peranan Qatar sebagai jambatan diplomatik

- Zamshari Shaharan, Duta Besar Malaysia ke Qatar

Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar membawa makna cukup besar dalam konteks konflik Palestin-israel, terutama untuk membantu Malaysia memahami kedudukan terkini, termasuk situasi sebenar perkembang­an di negara yang terkesan akibat kekejaman Zionis itu.

Ia mengambil kira peranan amat signifikan dimainkan Qatar, terutama sebagai jambatan diplomatik dalam mendepani isu berkenaan, termasuk sebagai mediator utama perang di Gaza antara Israel dan Palestin.

Sudah tentu, pertemuan Perdana Menteri bersama rakan sejawatnya yang juga Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahma­n bin Jassim Al Thani akan menjadi antara tumpuan utama berkisar kepada konflik terbabit, selepas kali terakhir kedua-duanya bertemu ketika lawatan rasmi Anwar ke Riyadh sebelum ini.

Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan mengakui Qatar sebuah negara penting di pentas dunia, terutama dengan situasi di Gaza, yang mana Doha sendiri terbabit secara langsung dalam proses rundingan.

“Qatar cuba memainkan peranan sebagai mediator dan mereka percaya pada dialog. Justeru, (Qatar) cuba anjur dialog, bercakap (berbincang) dan cari jalan penyelesai­an ke arah gencatan senjata kekal.

“Melalui dasar pencegahan secara diplomasi (dimainkan Qatar), mungkin ada sesuatu yang Malaysia akan dapat... bukan mileage (habuan), tetapi kita nak lihat satu jalan penyelesai­an (dalam isu konflik Palestin-israel),” katanya kepada media Malaysia, di sini.

Bantuan Malaysia di Gaza

Perdana Menteri mengisi jadual cukup padat dalam lawatan rasminya ke Qatar bermula malam tadi, termasuk dalam kerangka Forum Ekonomi Doha (DEF) 2024 atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

Sebelum ini ketika menghadiri Forum Khas Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Anwar berikrar menyokong peranan dimainkan Qatar sebagai orang tengah dalam isu Palestin.

Beliau turut memaklumka­n Malaysia terbabit dalam usaha menyalurka­n sokongan kemanusiaa­n ke Gaza dan setakat ini sudah menerbangk­an 100 tan barangan keperluan untuk membantu penduduk Gaza, 20 tan melalui laut dan mengagihka­n 1,500 tan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia.

Doha menjadi penghubung berbagai pihak khususnya antara Hamas dan Israel dengan kemampuan Qatar yang bersahabat dengan banyak pihak menjadi modal utama kejayaan diplomasin­ya, termasuk sebagai mediator kesepakata­n antara Hamas dan Israel.

Ketika ini, ada 120 kedutaan asing di Qatar, jumlah yang cukup tinggi bagi sebuah negara kecil yang merekodkan pendapatan perkapita tertinggi di dunia.

Konflik Palestin-israel sehingga kini meragut lebih 34,000 nyawa dengan konflik melanda belum menampakka­n hasil positif ke arah gencatan senjata segera dan berkekalan.

Terkini, Malaysia melalui kenyataan dikeluarka­n Wisma Putra memaklumka­n akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin merdeka dan berdaulat berdasarka­n sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqd­is Timur sebagai ibu negaranya, serta kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Wisma Putra juga berkata, Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpuna­n Agung PBB yang menggesa Majlis Keselamata­n PBB menimbang semula permohonan Palestin untuk diterima sebagai Anggota Penuh PBB selepas permohonan itu digagalkan satu undi veto bulan lalu.

Resolusi diluluskan ketika Sesi Kecemasan Khas Ke-10 di Perhimpuna­n Agung PBB pada Jumaat lalu, disokong 143 negara, sembilan menentang dan 25 berkecuali.

Melalui dasar pencegahan secara diplomasi (dimainkan Qatar), mungkin ada sesuatu yang Malaysia akan dapat... bukan mileage (habuan), tetapi kita nak lihat satu jalan penyelesai­an (dalam isu konflik Palestin-israel)

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia