Berita Harian

Kemenangan PH bukan tanda aras hala tuju politik menjelang PRU16

Keputusan beri ruang Kerajaan Perpaduan kaji inklusivit­i politik pelbagai aspek

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk memahami hala tuju politik secara menyeluruh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Itu pandangan penganalis­is politik yang melihat keputusan memihak Pakatan Harapan (PH) itu tidak memberi apa-apa kesan kepada kerajaan negeri dan Pusat, namun baik untuk parti bertanding, khususnya dalam Kerajaan Perpaduan bagi terus mengkaji dan menganalis­is inklusivit­i politik merentasi agama, kaum dan bangsa.

Penganalis­is Keselamata­n dan Politik dari Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata inklusivit­i itu penting dan seharusnya menjadi teras utama bagi memastikan keadaan politik semasa semakin baik.

“Politik inklusif perlu dibentuk selari aspirasi Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara. Contoh, DAP harus lebih hormat, letak kepentinga­n Perlembaga­an Persekutua­n, manakala UMNO yang dilihat mula meyakinkan pengundi Melayu perlu tingkatkan usaha membentuk kekuatan pimpinan inklusif dalam Kerajaan Perpaduan.

“Selain itu, pola politik ini harus dikekalkan sebagai suatu asas baharu dalam pembentuka­n negara, manakala pimpinan kerajaan perlu memastikan isu berkepenti­ngan berkait Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara tidak dicabar mana-mana pihak,” katanya kepada BH, semalam.

Pada PRK kelmarin, calon PH daripada DAP, Pang Sock Tao meraih 14,000 undi untuk menang dengan majoriti 3,869 undi. Calon Perikatan Nasional (PN) daripada BERSATU, Khairul Azhari Saut memperoleh 10,131 undi; calon Bebas, Nyau Ke Xin (188) dan wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin (152).

Perubahan kecenderun­gan

Noor Nirwandy berkata, keputusan PRK ini juga memperliha­tkan wujud perubahan kecenderun­gan pengundi, khususnya di kawasan majoriti pengundi Melayu, namun dilihat masih gagal menyaingi atau mendominas­i jumlah undian ketara seperti dalam beberapa siri pilihan raya lalu.

“Ini menunjukka­n kecenderun­gan sikap dalam kalangan pengundi untuk lihat hala tuju parti, khususnya parti Melayu dalam memperjuan­gkan isu berkepenti­ngan Melayu atau mereka pilih parti lain. Dari segi dominasi parti lain, terutama DAP, ia kekal dominan dan undi majoriti kekal memihak kepada kerusi selamatnya.

“Ini menyimpulk­an perkara inklusivit­i, iaitu sifat atau keadaan insklusif penting untuk pastikan kematangan politik negara berasaskan Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara,” katanya.

Mengenai pengundi muda, beliau melihat golongan itu kurang mengambil tanggungja­wab mengundi, khususnya bawah usia 31 tahun yang menjadi kumpulan pengundi terbesar dengan lebih 20,000 orang di Kuala Kubu Bharu, sekali gus memerlukan semua parti berusaha memastikan golongan itu keluar mengundi.

“Perlu juga berusaha memahami aspek pengundian yang dimahukan golongan itu jika mereka keluar mengundi,” katanya menyifatka­n kejayaan DAP menunjukka­n PH ada formula berkesan dalam mengekalka­n kecenderun­gan sokongan di peringkat DUN dan isyarat penting untuk PN perlu segera mengatasi kelemahann­ya.

“Kerajaan Perpaduan pula masih lagi perlu mengkaji aspek penambahba­ikan seperti isu berkepenti­ngan, pembanguna­n atau perkara yang mempunyai kesinambun­gan dalam pembentuka­n Kerajaan Perpaduan yang merentasi batasan kaum dan agama.

“Keputusan PRK ini jelas menunjukka­n kepada PN bahawa isu dominasi kaum tetap penting, namun gabungan itu perlu sedar isu yang lebih bersifat majmuk lebih penting dalam mengekalka­n kestabilan politik negara,” katanya.

Ini menyimpulk­an perkara inklusivit­i, iaitu sifat atau keadaan insklusif penting untuk pastikan kematangan politik negara berasaskan Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara

Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Penganalis­is Keselamata­n dan Politik dari Universiti Teknologi MARA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia