Berita Harian

PN dakwa jumlah undi diperoleh PH susut

-

Batang Kali: Perikatan Nasional (PN) mendakwa jumlah undi diperoleh calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu kelmarin merosot meskipun mempertaha­n kerusi berkenaan.

Justeru, Pengarah PRK DUN Kuala Kubu Bharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata gabungan itu yang memperoleh 10,115 undi kelmarin berbanding 10,743 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, tidak terkesan dengan penurunan undi biarpun gagal merampas kerusi berkenaan.

“Ini menyaksika­n penurunan hanya 628 undi. Di PRK Kuala Kubu Bharu, kita bukan sahaja berdepan PH, tetapi turut berdepan dengan dua kerajaan,” katanya merujuk Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Selangor yang kedua-dua ditunjangi PH.

“Dengan keputusan ini, kedudukan kita masih kuat dan tidak terkesan berikutan hanya penurunan 628 undi,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di sini, malam kelmarin sambil menambah, peratusan keluar mengundi menunjukka­n menyusut daripada 69 peratus pada PRN lalu kepada 61 peratus kelmarin.

“Penurunan sokongan itu kecil berbanding penurunan peratusan

keluar mengundi. Kalau kita tengok lokaliti mengikut saluran 1 hingga 3 yang terdiri pengundi lama, ia meningkat pada PRK kali ini, memihak kepada PN,” katanya menambah PN juga berjaya menarik sokongan warga emas hasil dasar dan program dilaksanak­annya.

“Maka mereka (saluran 1 hingga 3) memberi undi kepada PN dan ia menunjukka­n ada peningkata­n. Namun, saluran 4 hingga 6, berlaku sedikit penurunan. Ia tidak beralih ke PH sebab untuk mereka pun, berlaku penurunan lebih besar daripada PN kerana penurunan peratusan mengundi,” katanya.

Mengenai peratusan keluar

mengundi dalam kalangan Orang Asli, katanya, undi kelompok itu memihak kepada PH, namun hanya babitkan 400 undi dengan PN hilang undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pertak yang dimenangin­ya pada PRN lalu, tetapi memihak PH kelmarin.

Peratusan keluar mengundi

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersetuju peratusan keluar mengundi rendah tidak berpihak kepada PN kerana pengundi luar tidak pulang mengundi yang menyebabka­n calon gabungan itu, Khairul Azhari Saut menerima peratusan undi rendah.

“Saya fikir PRK kali ini, sekumpulan pengundi, terutama yang bekerja di luar tidak mengambil kesempatan untuk pulang mengundi, dari situ kita lihat ada peratusan rendah. Dakwaan ada boikot, saya lihat lebih kepada pengundi sebelah sana, yang mana sokongan pengundi tegar mereka menurun daripada analisis awal,” katanya.

Menjelaska­n PN menerima keputusan PRK kelmarin dengan hati terbuka, Ahmad Faizal berkata, gabungan itu akan terus berusaha memastikan peratusan keluar mengundi lebih tinggi selepas ini, sekali gus boleh memastikan kemenangan gabungan berkenaan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pengundi beratur menunggu giliran untuk menunaikan tanggungja­wab pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, kelmarin.
(Foto BERNAMA) Pengundi beratur menunggu giliran untuk menunaikan tanggungja­wab pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia