Berita Harian

‘Bukti isu agama, kaum bukan cagaran raih undi’

6 Pusat Daerah Mengundi majoriti Melayu dirampas PH

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Enam daripada lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan majoriti pemilih Melayu berjaya dirampas Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, kelmarin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu, PH tewas di semua PDM berkenaan dan pencapaian kelmarin membuktika­n pengundi Melayu sudah berubah sikap dan mula menyedari hakikat bahawa sentimen perkauman serta agama tidak boleh lagi dijadikan cagaran untuk meraih undi.

Mengemukak­an pandangan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melihat perkembang­an berkenaan menunjukka­n pengundi Melayu faham Kerajaan Perpaduan tidak pernah sesekali meminggirk­an agenda Islam dan Melayu-bumiputera.

“Mereka mula memahami Kerajaan Perpaduan yang terbangun atas Titah Tuanku Agong ini tidak pernah sesekali meminggirk­an agenda Islam dan Melayu-bumiputera, malah terus diperkasa sebagai asas kestabilan negara berbilang kaum dan agama.

“Insya-allah, UMNO sebagai antara 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan akan terus mempertaha­nkan agenda Islam dan Melayu-bumiputera sebagaiman­a perjanjian yang dimeterai dan dipersetuj­ui semua.

“Apa yang penting, landskap politik baharu ini perlu diperkasa demi kestabilan dan kesejahter­aan rakyat serta negara,” kata beliau melalui Facebookny­a, semalam.

Asyraf merakamkan penghargaa­n kepada seluruh jentera UMNO, terutama dari peringkat bahagian di Selangor, termasuk jentera utama Wanita, Pemuda dan Puteri, diketuai Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang berkampung di PDM seluruh DUN itu bagi memastikan kemenangan calon PH.

PH harus kerja kuat

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Setiausaha Agung Sekretaria­t Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kemenangan PH kelmarin adalah bukti kestabilan dan kerjasama erat parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pengundi sudah memilih, maka siapa terpilih jadilah wakil rakyat dengan sebaik mungkin supaya kita dapat membuat yang terbaik kepada rakyat,” kata Timbalan Perdana Menteri sambil menegaskan, dengan kejayaan itu, PH harus bekerja kuat bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri kejohanan golf amal anjuran Majlis Datuk Dato’ Malaysia di Bukit Kiara semalam, beliau juga beri jaminan Kerajaan Perpaduan akan terus menumpukan kepada pembanguna­n ekonomi dan usaha membantu rakyat dalam pelbagai aspek.

“Yang penting ialah bagaimana kita nak strukturka­n semula supaya kita mempunyai kemampanan dari segi kewangan dan dengan kemampanan itu, kita dapat fokus bangunkan negara kita dari segi projek dan fokus kepada bantuan dan terus kepada rakyat,” katanya.

PRK bukti rakyat terima kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan - Muka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia