Berita Harian

Kepemimpin­an PKR diingat tak lupa dasar perjuangan

Anwar minta pemimpin parti tidak terpukau dengan kuasa, tekad pertahan hak setiap rakyat

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatk­an kepemimpin­an PKR supaya tidak lupa kepada dasar perjuangan parti itu yang diwujudkan bagi melakar perubahan, selepas memperoleh kuasa dalam Kerajaan Perpaduan kini.

Anwar yang juga Presiden PKR, berkata pihaknya tidak mahu pemimpin parti ‘terpukau’ dengan kuasa dan amanah yang diperoleh kini.

Beliau berkata, PKR juga tidak akan berganjak daripada prinsip parti bagi mempertaha­nkan hak setiap rakyat di negara ini, walaupun diserang pihak tertentu yang sering memainkan sentimen isu perkauman yang sempit sebelum ini.

“Seperti mana selalu saya sebut, kuasa mampu memukau... kuasa itu satu yang bergemerla­pan, maka ingat mengenai asas perjuangan. Jangan guna kuasa untuk kumpul harta.

“Jangan guna kuasa untuk hilangkan idealisme bahawa kita pegang amanah untuk melakukan

perubahan kerana Malaysia cukup matang untuk sebuah demokrasi yang utuh,” katanya ketika berucap pada Malam Sambutan Keadilan ke-25, di Sentul Depot, malam kelmarin.

Hadir sama pada acara sambutan itu ialah Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pengangkut­an yang juga Setiausaha DAP, Anthony Loke dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pada masa sama, Anwar berkata, walaupun diserang dan hampir tewas di beberapa kawasan sebelum ini, PKR tidak akan berganjak daripada prinsip asal

parti yang mahu mempertaha­nkan hak setiap rakyat negara ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa Islam, Melayu dan Bumiputera tidak akan terhakis walaupun kerajaan mempertaha­nkan hak setiap rakyat yang lain.

Tak nafi hak kaum lain

“Kita lihat kempen di Kuala Kubu Bharu, isu ini terus dipermaink­an. Mana boleh di Malaysia ini majoriti Islam, perwakilan di Parlimen juga majoriti Islam tetapi kita tidak menafikan hak orang Cina, India, Kadazan atau Dusun untuk tetap diwakili.

“PKR tetap akan pertahanka­n Perlembaga­an untuk menjamin negara ini aman damai dan setiap kaum mesti ada perwakilan yang adil.

“Melayu dan Bumiputera tidak miskin kalau kita adil, Melayu dan Bumiputera tidak ketinggala­n kalau kita berikan hak dan perwakilan itu. Walau diserang bertubi-tubi kerana sentimen mainan agama yang sempit, kita tidak akan berganjak,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Anwar berkata, negara akan tetap mempertaha­nkan dasar yang bebas dan merdeka.

Beliau berkata, dalam aspek hubungan antarabang­sa, negara akan memperkuku­hkan kerjasama dengan Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Katanya, namun pada masa sama, hubungan dengan China, Jepun dan Korea juga perlu harus dipertingk­atkan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Anwar bersama barisan Kepemimpin­an tertinggi PKR memotong kek sebagai simbolik pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot, malam kelmarin. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
(Foto BERNAMA) Anwar bersama barisan Kepemimpin­an tertinggi PKR memotong kek sebagai simbolik pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot, malam kelmarin. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia