Berita Harian

Jemaah terkandas perlu lapor pada TH, kedutaan

Agensi belum terima laporan, giat dapatkan maklumat

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Pihak kami menasihati semua jemaah umrah yang masih berada di Tanah Suci untuk akur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi kerana ibadah umrah akan ditutup pada 15 Mei 2024 bagi persediaan musim haji

Kuala Lumpur: Jemaah yang dikatakan terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji visa pelancong perlu membuat aduan atau laporan rasmi kepada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi dengan segera bagi membolehka­n siasatan lanjut dilakukan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman, berkata TH akan bekerjasam­a dengan pihak Kedutaan Malaysia di Arab Saudi untuk membuat siasatan sewajarnya berdasarka­n maklumat terperinci daripada jemaah berkenaan.

“Pihak kami menasihati semua jemaah umrah yang masih berada di Tanah Suci untuk akur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi kerana ibadah umrah akan ditutup pada 15 Mei 2024 bagi persediaan musim haji.

“Peraturan yang dikeluarka­n kerajaan Arab Saudi dan TH adalah untuk menjaga kebajikan serta keselamata­n jemaah haji ketika musim haji,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, media melaporkan, kira-kira 300 bakal jemaah haji yang sudah berada di Makkah, kini dalam kebingunga­n apabila agensi umrah yang menguruska­n perjalanan mereka, gagal menunaikan janji untuk mendapatka­n kebenaran mengerjaka­n haji pada musim ini.

Guna visa pelancong

Bakal haji terbabit menyedari diperdaya selepas mendapati pakej haji yang murah ditawarkan agensi terbabit, menggunaka­n visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu.

Menerusi hantaran di Facebook Forum Umrah DIY, seorang pengguna dikenali Zhyema Zhyedee, mendakwa dihubungi rakannya yang berada dalam kelompok terbabit dan kini berada di Makkah, bagi mendapatka­n bantuan selepas menyedari diperdaya agensi berkenaan.

Susulan laporan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarahka­n TH untuk menyiasat kejadian itu.

Difahamkan, setakat ini, TH masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden itu dan sedang giat mendapatka­n maklumat mengenainy­a.

Sebelum ini, Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan berkata, jemaah umrah asing dikehendak­i meninggalk­an Arab Saudi selewat-lewatnya 29 Zulkaedah atau 7 Jun ini.

Arahan itu bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji ke kota suci Makkah dan Madinah bagi musim 1445.

 ?? ?? Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia