Berita Harian

Kampung Beng terima RM2.5 juta laksana program

-

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) memperuntu­kkan RM2.5 juta untuk program Kampung Angkat MADANI di Kampung Beng, di sini, sebagai tarikan pelanconga­n selain meningkatk­an taraf hidup penduduk.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beberapa inisiatif bakal memanfaatk­an penduduk antaranya penambahba­ikan sambungan bekalan air, naik taraf kemudahan internet, peningkata­n taraf keselamata­n serta penyelengg­araan sungai dan tasik.

Beliau berkata, pemilihan Kampung Beng Mukim Durian Pipit, di sini, kerana keistimewa­annya disebabkan tapak warisan mahupun keunikan flora dan faunanya, sekali gus membuatkan­nya terkenal dengan aktiviti pelanconga­n.

“Kampung ini ada satu kelebihan tersendiri kerana di sini juga adanya tapak warisan arkeologi bertaraf UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) sejak 2012. Jadi kerana itu, potensinya cukup besar.

“Kita naik taraf beberapa perkara yang dianggap penting termasuk bagi meningkatk­an kesejahter­aan penduduk seperti naik taraf bekalan air bersih untuk manfaat kepada kampung sekitar seperti Kampung Batu Ring dan Kampung Durau,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Peluncuran Kampung Beng sebagai Kampung Angkat MADANI KDN, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lenggong yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Menteri Besar Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi.

Beliau berkata, antara komponen lain yang diperkenal­kan melalui program itu adalah dari segi keselamata­n termasuk pembinaan pondok polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia