Berita Harian

Terserah Mahkamah Rayuan buat keputusan

-

Iskandar Puteri: Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) menyerahka­n kepada Mahkamah Rayuan dalam penentuan penyelaras­an pencen membabitka­n anggota dan pegawai yang berpencen sebelum 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata isu penyelaras­an pencen bukan sahaja membabitka­n bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi turut membabitka­n bekas hakim dan bekas kakitangan awam.

Ketiga-tiga golongan sudah mengemukak­an saman masing-masing terhadap Kerajaan Malaysia bagi permohonan sama.

“Ini dasar, bila soal gaji dan pencen ini soal dasar kita tertakluk kepada kerajaan, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA). Saman itu terhadap Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Majlis Angkatan Tentera. Tentunya bukan saya seorang, Perdana Menteri pun disaman dalam hal ini. Bila ia membabitka­n soal tindakan mewakili kita di Mahkamah, (ia) akan dilaksanak­an Jabatan Peguam Negara bukan Kementeria­n yang lakukannya.

“Kita sudah mendapat jadual, mahkamah putuskan pada tahun depan (Januari) akan ada bicara rayuan terhadap tindakan rayuan dibuat oleh Kerajaan, MINDEF dan Peguam Negara.

“Saya minta kerjasama semua, kita tidak mahu (penyelaras­an pencen) untuk bekas hakim lain, tentera lain dan kakitangan lain. Itu benda yang tidak sihat.

“Undang-undang taksiran mahkamah pun tidak akan berbeza sebab kes sama. Sangat jelas ia tidak membabitka­n pencen lepas 2013,” katanya selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) tahun 2024 kepada 475 veteran dan wakil veteran di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, semalam.

Babit pesara sebelum 2013

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, anggota yang pencen selepas 2013 tidak ada isu, isu penyelaras­an pencen timbul kepada anggota yang bersara sebelum 2013.

“Pada peringkat tentera, mereka sudah pergi ke Mahkamah Tinggi dan berjaya, jadi Pejabat Peguam Negara merayu.

“Pada peringkat kakitangan kerajaan mereka sudah pergi ke semua peringkat ada yang berjaya dan ada tidak berjaya. Pada peringkat hakim, Mahkamah Rayuan pada 7 Mei lalu bersetuju dengan saman dibawa bekas hakim.

“Atas sebab itulah kita kena tunggu. Saya nyatakan ia bukan membabitka­n Menteri Pertahanan sahaja, tetapi babitkan banyak pihak terutama Jabatan Peguam Negara yang mahukan ada muktamad. Babitkan bekas hakim, bekas kakitangan kerajaan dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan 50 pesara ATM antaranya berpangkat mejar, leftenen, staf sarjan dan prebet memfailkan saman itu pada 17 November 2022 menamakan kerajaan, Perdana

Menteri, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia dan Majlis Angkatan Tentera sebagai defendan.

Menerusi saman itu, plaintif memohon pengisytih­aran bahawa defendan sudah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 137 atau Perkara 8 Perlembaga­an Persekutua­n dibaca bersama Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972 dalam kegagalan masing-masing untuk melakukan penyelaras­an pencen baharu untuk pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ?? Mohamed Khaled menyampaik­an Pingat Jasa Malaysia kepada anggota veteran ATM sempena Majlis Penganuger­ahan PJM di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, semalam.
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) Mohamed Khaled menyampaik­an Pingat Jasa Malaysia kepada anggota veteran ATM sempena Majlis Penganuger­ahan PJM di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia