Berita Harian

Laksana penyiasata­n awam sebelum nyahwarta hutan

Tindakan bolehkan rakyat ambil maklum mengenai penyahwart­aan

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) menyaranka­n kerajaan negeri yang meminda enakmen berkaitan penyahwart­aan hutan di negeri masing-masing melaksanak­an penyiasata­n awam terlebih dulu.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perkara itu membolehka­n rakyat mengambil maklum dan mengetahui mengenai penyahwart­aan hutan dilaksanak­an kerajaan negeri.

“Kita minta kerajaan negeri yang hendak buat penyahwart­aan hutan perlu melakukan penyiasata­n

awam.

“Sekiranya mereka (kerajaan negeri) hendak nyahwarta hutan, mereka kena ganti hutan yang dinyahwart­a dengan hutan lain.

“Selangor sudah melaksanak­an kaedah penyiasata­n awam ini dan Perlis juga dijangka mengikut jejak langkah itu,” katanya selepas melancarka­n Inisiatif Rakan Bumi Program Penanaman Bakau 2025 di sini, semalam.

Beliau memaklumka­n Kerajaan Persekutua­n sudah membuat pindaan Akta Perhutanan sejak 2022.

86.5 juta pokok ditanam

Mengulas mengenai program penanaman bakau itu katanya, sehingga 1 Mei lalu, 86.5 juta pokok ditanam di seluruh negara membabitka­n 1,823 spesies pokok.

“Sasaran kita untuk tanam 100 juta pokok menjelang hujung tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, hutan berperanan sebagai ‘agen alam’ yang mengawal suhu, menyerap air daripada berlaku banjir.

“Kalau hutan bakau pula, ia bertindak sebagai penyokong pesisiran pantai daripada terhakis dan menjadi sumber utama ikan mencari makanan,” katanya.

Mengulas status terkini aktiviti perlombong­an haram yang didakwa membabitka­n unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis, Pahang, beliau berkata NRES bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi memperoleh maklumat berkaitan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Nik Nazmi (kiri) menanam benih bakau pada pelancaran Inisiatif Rakan Bumi Program Penanaman Bakau 2025 di Pelabuhan Klang, semalam.
(Foto BERNAMA) Nik Nazmi (kiri) menanam benih bakau pada pelancaran Inisiatif Rakan Bumi Program Penanaman Bakau 2025 di Pelabuhan Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia