Berita Harian

Jentera PH cekap urus persepsi kunci pertahan Kuala Kubu Bharu

- Oleh Prof Datuk Dr Ismail Sualman bhrencana@bh.com.my Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

Kejayaan Pakatan Harapan (PH) mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kelmarin menyaksika­n keberkesan­an jentera parti itu mempersemb­ahkan naratif positif bagi menarik pengundi.

PH berjaya mengekalka­n DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 3,869 undi melalui calonnya, Pang Sock Tao, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut dengan 10,135 undi. Hafizah Zainuddin mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas, Nyau Ke Xin bukan sahaja tewas bahkan hilang wang deposit.

Apa yang jelas, PH mampu menangani pengurusan persepsi dan naratif dengan cekap pada PRK kali ini, terutama menerusi DAP, PKR bersama Barisan Nasional (BN).

Kejayaan PH ini juga melambangk­an sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal utuh sehingga memberi keyakinan pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu untuk terus memilih calon Kerajaan Perpaduan menjadi wakil rakyat mereka.

Berdasarka­n pemerhatia­n dan tinjauan, PH bijak menggunaka­n pelbagai teknik dalam pengurusan persepsi dan naratif di Kuala Kubu Bharu, termasuk komunikasi strategik, penggunaan media massa, pengurusan imej dan pengendali­an isu sensitif. Walaupun pelbagai isu berputar banyak dimainkan pihak lawan, terutama naratif negatif Kerajaan Perpaduan, namun segala persoalan dapat dijawab jentera PH sehingga memberi keyakinan kepada pengundi.

Pada peringkat awal, isu mengenai imej DAP sebagai parti cauvinis misalnya dapat dijawab kerana parti pembangkan­g lain sebelum ini seperti

PAS dan BERSATU juga pernah berada dalam ‘satu kem’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan yang memperliha­tkan BN khususnya UMNO bersama PH-DAP menjadi polemik panas dan isu ini menular dalam kalangan pengundi Melayu juga dapat ditangani dengan baik oleh PH.

Pengundi lebih matang buat pilihan

Walaupun masih kedengaran banyak isu sensitif dimainkan, terutama menyentuh 3R (agama, Raja dan kaum), namun pengundi di Kuala Kubu Bharu tampak lebih matang menilai kebenaran terhadap sesuatu mesej diterima.

Pengundi di Kuala Kubu Bharu jelas mempunyai pengetahua­n semakin mendalam dan sensitif terhadap taktik pengurusan persepsi dan mereka membuat penilaian berdasarka­n kepada aspek integriti dan kepercayaa­n, bukan sekadar imej dimainkan pembangkan­g.

Di samping itu, calon dan jentera PH turut memahami dengan baik isu dibangkitk­an kepada pengundi dan memberikan jawapan memuaskan sehingga mendorong keyakinan pengundi untuk terus menyokong calon PH.

Gabungan penggunaan media tradisiona­l dan baharu melalui pendekatan bersama, penggunaan pengiklana­n dalam media massa, media sosial dan acara kempen juga menjadi faktor signifikan kepada kemenangan PH.

Media baharu digunakan sebaik mungkin bagi menjawab persoalan dikemukaka­n PN dalam pelbagai platform, sekali gus mengurangk­an persepsi negatif terhadap PH dan calonnya.

Keupayaan calon PH berkomunik­asi secara berkesan dengan pengundi, sama ada melalui perbualan langsung, ucapan awam, atau media massa turut membantu mempengaru­hi pendirian pengundi memilih Sock Tao.

Pengundi di Kuala Kubu Bharu juga menilai calon bukan berdasarka­n emosi, sebaliknya berdasarka­n ciri integiriti dan kepemimpin­annya. Faktor ini saling berkait dan kejayaan dalam pilihan raya bergantung kepada kombinasi strategi efektif dan responsif terhadap dinamika politik semasa.

 ?? ??
 ?? Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UITM) ??
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UITM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia