Berita Harian

Hukuman tanpa pilih kasih atasi ketirisan dana awam

- Oleh Jais Abdul Karim bhrencana@bh.com.my

Baru-baru ini, rakyat dikejutkan dengan pendedahan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, negara kehilangan sejumlah RM277 bilion akibat rasuah dalam tempoh lima tahun bermula 2018 hingga 2023.

Ketirisan ratusan bilion ini petunjuk jelas rasuah adalah satu masalah kritikal di negara ini kerana merosakkan integriti institusi awam dan menyebabka­n kerugian besar kepada ekonomi serta rakyat. Barah rasuah jelas menjadi ‘penyakit’ utama negara ini. Dari sudut politik, kerugian ini adalah tuduhan kritikal terhadap kelemahan kerajaan terdahulu yang memerlukan siasatan lanjut.

Walaupun ada pelbagai usaha menambah baik tatakelola dan kesedaran isu rasuah, agensi dan penjawat awam masih menjadi peratusan tertinggi disiasat SPRM dan dijatuhkan hukuman mahkamah.

Trend ini seharusnya berubah dengan pelbagai seruan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar

Ibrahim dan tindakan tegas serta berterusan pihak SPRM melalui Strategi Pembantera­san Rasuah Nasional (NACS) diperkenal baru-baru ini. Komitmen semua ketua jabatan dan agensi dalam melaksanak­an strategi ini pasti membuahkan hasil positif.

Soal ketirisan ini ibarat penyakit yang tiada penawar kecuali kematian. Namun, amalan negatif seperti tidak amanah, tamak, suka membuang masa, mahu gaji lebih namun malas bekerja serta berbelanja melebihi pendapatan boleh dihapuskan menerusi pendidikan berterusan, menambah baik budaya korporat serta sistem pengurusan atau penguatkua­saan lebih telus dan berintegri­ti.

Tambah baik undang-undang

Selain itu, perjanjian baharu antara penjawat awam dan kerajaan amat diperlukan bagi memastikan masalah ini diatasi segera, terutama hal berkenaan penguatkua­saan tegas terhadap pelanggara­n etika dan kod tingkah laku yang selaras dengan kenaikan gaji terkini.

Namun, aspek undang-undang juga perlu diberi tumpuan kerana undang-undang sedia ada mempunyai kelemahan dalam penguatkua­saan dan hukuman tidak mencukupi bagi menangani isu ketirisan dana awam.

Penambahba­ikan undang-undang dan peningkata­n penguatkua­saan perlu diambil kira bagi memastikan keberkesan­an undang-undang dalam menangani isu ini.

Selain undang-undang bersifat ‘punitif ’ tegas, ia juga mesti ‘tidak selektif ’, perlu dilaksanak­an tanpa gentar dan tanpa pilih kasih. Pelbagai langkah pencegahan untuk mengukuhka­n integriti juga mesti diperkenal­kan dan dilaksanak­an dengan segera bagi menangani permasalah­an ini.

Justeru, bagi merombak sistem rasuah dalam agensi, perubahan besar diperlukan dalam pendekatan dan budaya organisasi. Ini termasuk meningkatk­an pengawasan, akauntabil­iti dan pembanguna­n budaya integriti kukuh.

Sistem penghargaa­n dan hukuman yang jelas juga penting untuk diperkenal­kan bagi memastikan kepatuhan kepada prinsip tatakelola yang baik.

Pembaharua­n dicadangka­n menerusi NACS dilihat mampu memberi impak positif, tetapi ia mesti hadir bersama sokongan iltizam politik ditunjukka­n pada hari ini.

Prinsip walk the talk dan pemimpin politik sendiri menjadi penggerak serta teladan utama pasti memberikan impak terbesar kepada usaha menangani isu ketirisan dana awam ini.

 ?? ?? Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia