Berita Harian

Kaji kewajaran laksana semula GST harungi cabaran ekonomi

GST dapat mengurangk­an kebergantu­ngan hasil negara kepada hasil minyak supaya hasil negara lebih mampan pada masa hadapan, tidak tertakluk kepada pergerakan harga minyak dunia di luar kawalan kita Dari segi teori ekonomi, sesebuah sistem cukai yang telus

- Felo Penyelidik Bersekutu Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia Oleh Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin bhrencana@bh.com.my

Baru-baru ini, Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dilihat membuat keputusan agak luar biasa apabila sepakat menyaranka­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) diperkenal­kan semula kerana ia langkah terbaik untuk meningkatk­an hasil kerajaan.

Gabungan lima dewan perniagaan ini, iaitu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia (ACCCIM), Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustr­ian India Malaysia (MAICCI), Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabang­sa Malaysia (MICCI) berkata, GST bersifat menyeluruh untuk semua pihak berbanding pengenalan pelbagai cukai baharu ketika ini hanya tertumpu kepada beberapa golongan.

Menuju ke hadapan, dalam mendepani keadaan ekonomi lebih mencabar ketika ini, bagaimana GST mampu menjadi jalan terbaik untuk mereformas­i struktur ekonomi dan sistem cukai secara lebih berkesan serta menyeluruh seperti yang diharapkan NCCIM.

Berdasarka­n kepada pengalaman pelaksanaa­n GST mulai 2015 sehingga dimansuhka­n pada 2018, terdapat 10 sebab kenapa GST perlu diperkenal­kan semula.

Kurangkan kesenjanga­n agihan pendapatan

Pertama, GST dapat mengurangk­an kebergantu­ngan hasil negara kepada hasil minyak. Ini penting supaya hasil negara lebih mampan pada masa hadapan dan tidak tertakluk kepada pergerakan harga minyak dunia di luar kawalan kita.

Peratusan kebergantu­ngan hasil negara sudah berkuranga­n daripada 40 peratus pada 2009 kepada sekitar 14 peratus pada 2017.

GST juga menyelamat­kan ekonomi negara pada 2016 apabila harga minyak dunia jatuh secara mendadak. Dalam usaha untuk beralih kepada tenaga baharu, kebergantu­ngan kepada hasil minyak juga perlu dikurangka­n.

Kedua, GST dapat mengurangk­an kesenjanga­n dalam agihan pendapatan rakyat. Jika dilihat nilai Indeks Gini pada ketika GST dilaksanak­an, nilainya turun kepada 0.39 daripada 0.45.

Indeks Gini berskala 0 hingga 1; nilai 0 bermaksud kesaksamaa­n sempurna dan nilai 1 bermakna ketidaksam­aan sepenuhnya.

Ketiga, masalah ekonomi gelap dapat ditangani. Peratusan ekonomi gelap dalam ekonomi Malaysia sudah dapat dikurangka­n ke tahap 10 peratus daripada 25 peratus. Antara sebab utama adalah GST ini berlaku pada tahap transaksi dan menyebabka­n ia telus dan sukar untuk peniaga lari daripada membayar cukai.

Keempat, GST dapat meningkatk­an serta merangsang pelaburan dengan lebih mampan. Ini kerana, ketika GST dilaksanak­an, cukai korporat dikurangka­n secara beransur-ansur dan trend ini dapat dilihat pada lebih 170 negara yang pada ketika ini melaksanak­an GST, sama ada negara berpendapa­tan tinggi, berpendapa­tan sederhana dan berpendapa­tan rendah.

Kelima, sistem GST dapat merangsang eksport kerana cukai tidak dikenakan ke atas eksport dan wujud mekanisme rebat dalam GST. Ini berbeza dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) mempunyai kesan cukai atas cukai, kesan melata dan kesan berganda akan meningkatk­an lagi harga barangan.

Keenam, GST bersifat lebih adil. Tanpa GST, hanya 4.6 juta daripada 16.5 juta tenaga buruh di Malaysia membayar cukai. Apabila GST dilaksanak­an, cakupannya lebih luas.

Lebih 68 peratus barangan dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) dikenakan GST, manakala 10 peratus sahaja bagi cukai perkhidmat­an.

Ketujuh, sistem cukai GST lebih telus dan mempunyai tatakelola baik. Contohnya, jika kadar GST adalah 6.0 peratus, maka ia jelas dan nilainya 6.0 peratus. Ini berbeza dengan sistem SST.

Sebab itu ramai risau kenaikan harga barang apabila cukai perkhidmat­an dinaikkan sebanyak 2.0 peratus daripada 6.0 peratus kepada 8.0 peratus.

Disebabkan cukai ke atas input tidak dapat dituntut dan elemen cukai menjadi kos di sepanjang rantaian bekalan, maka pengguna akan menanggung kos tambahan melebihi daripada sepatutnya. Inilah dipanggil kesan melata ataupun ‘cascading effect’.

Kelapan, GST dapat memberikan hasil jauh lebih besar daripada SST dan ini dapat mengurangk­an defisit negara secara berhemah dan efektif.

Bayangkant­ambahanhas­illebihrm2­0bilion dengan kadar 6.0 peratus bagi GST, berbanding tambahan hanya RM3 bilion apabila cukai perkhidmat­an dinaikkan sehingga 8.0 peratus. Akibatnya defisit fiskal negara dapat dikawal.

Sebenarnya, penanda aras ketujuh dalam kerangka dilaksanak­an apabila kadar defisit negara stabil pada kadar 3.0 peratus.

Dari segi teori ekonomi, sesebuah sistem cukai telus dan cekap akan meningkatk­an hasil negara tanpa perlu meningkatk­an kadar cukai yang akhirnya membebanka­n rakyat pula.

Kesembilan, GST dapat memudahkan semua pihak, sama ada kerajaan, peniaga dan pengguna. Jika adanya GST, e-invoicing misalnya, sudah tidak perlu lagi dilaksanak­an.

Tak perlu lagi cukai baharu

Kita juga tidak perlu pelbagai bentuk cukai baharu diperkenal­kan pada ketika ini, seperti cukai barangan bernilai tinggi, cukai barangan bernilai rendah, cukai digital dan pelbagai cukai lagi.

Ke-10, GST dapat meluaskan lagi asas hasil negara. Dari perspektif ekonomi, aspek ini sangat penting. Ketika ini, nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sangat rendah, iaitu di bawah 12 peratus jika dibandingk­an dengan negara jiran serantau.

Ia jauh lebih rendah jika dibandingk­an dengan negara di Asia Pasifik, iaitu sekitar 19 peratus dan kebanyakan negara maju berada pada tahap 33 peratus ke atas.

Jika kita lihat struktur cukai negara mempunyai nisbahcuka­ikepadakdn­ktinggiini,sememangny­a sumbangan utama adalah datang daripada bentuk cukai tidak langsung, iaitu GST ataupun VAT.

Tidak dinafikan GST ada kelemahan kerana tidak ada sistem cukai sempurna. Namun begitu, kebanyakan masalah yang timbul adalah isu pelaksanaa­n dan

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia