Berita Harian

Hanya jururawat asing terlatih dibenar berkhidmat

KKM tetapkan saringan ketat bagi pengambila­n petugas hospital swasta negara ini

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman nooratiqah.sulaiman@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan memastikan hanya jururawat warga asing terlatih dan berkualiti dibenarkan berkhidmat di Malaysia bagi menampung keperluan di negara ini, tegas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Setakat ini, katanya, negara sumber bagi tujuan berkenaan adalah India, Sri Lanka, Filipina dan Indonesia dengan syarat melepasi ujian Malaysian Nursing

Board Qualificat­ion Examinatio­n for Foreign Trained Nurses yang dikendalik­an Lembaga Jururawat Malaysia.

“KKM tidak mahu terima jururawat yang tidak berkualiti. Setakat ini, jururawat yang kita terima adalah dari India, Sri Lanka, Filipina dan Indonesia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa 2024, di sini semalam.

Sambutan tahun ini bertemakan ‘Jururawat kami. Masa depan kita. Kuasa Penjagaan Ekonomi’ dihadiri 1,250 jururawat kerajaan dan swasta yang turut menyaksika­n penganuger­ahan kepada tiga tokoh jururawat.

Anugerah Tokoh Perkhidmat­an diberikan kepada Sapiah Abdul Hadi, Tokoh Pendidikan kepada Catherine Pero dan Tokoh Perkhidmat­an Komuniti kepada S Kalyani.

Lukanisman berkata, setakat Oktober lalu, hanya 101 jururawat asing melepasi saringan ditetapkan KKM untuk berkhidmat di hospital swasta di negara ini.

“Jumlah 101 orang itu bukanlah jumlah yang besar kerana kita tetapkan syarat ketat dalam pengambila­n,” katanya.

Kelonggara­n bersyarat

September lalu, Menteri Kesihatan ketika itu, Dr Zaliha Mustafa mengumumka­n kelonggara­n bersyarat secara sementara kepada kemudahan kesihatan swasta untuk mengambil jururawat terlatih warga asing bagi tempoh 12 bulan mulai 1 Oktober 2023.

Dr Zaliha dilaporkan berkata, kekurangan tenaga kerja jururawat di sektor awam dan swasta memberi kesan besar terhadap penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan secara efektif di negara ini dan perkara itu sudah lama dibangkitk­an pelbagai persatuan dalam rangkaian industri perubatan swasta dan ia harus segera diatasi.

Beliau juga menjelaska­n, pengambila­n jururawat terlatih warga asing bagaimanap­un tidak boleh melebih 40 peratus di setiap fasiliti dan sah bagi tempoh 12 bulan sahaja, iaitu sehingga 30 September 2024.

Pelanjutan perkhidmat­an bagaimanap­un dibenarkan selama 12 bulan lagi, namun perlu mengikut kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) Jururawat Terlatih Warga Asing.

Terdahulu dalam ucapannya, Lukanisman berkata, negara menyediaka­n hampir 139,000 tenaga kerja dalam bidang kejururawa­tan.

“Di bawah KKM, kita mempunyai hampir 75,000 jururawat, selebihnya dalam sektor swasta. Itu jumlah yang agak besar dan antara tonggak penting dalam struktur serta sistem KKM,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumka­n, KKM sedang mempersiap­kan jururawat dengan sistem pendigital­an yang lebih mantap menerusi penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR).

 ?? ?? Lukanisman (tengah) bersama jururawat pada sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa 2024, di Putrajaya, semalam.
Lukanisman (tengah) bersama jururawat pada sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa 2024, di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia