Berita Harian

Pengeluara­n lebih RM250 perlu lalui proses E-KYC

Bayaran had minimum RM50 dibuat secara pengkredit­an terus ke akaun

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman nooratiqah.sulaiman@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengeluara­n Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan had pengeluara­n minimum RM50 dan terhad kepada baki dalam akaun ahli.

Menurut KWSP, bayaran akan dibuat secara pengkredit­an terus ke dalam akaun bank ahli. Mereka yang ingin mengeluark­an wang lebih RM250 perlu melalui proses E-KYC.

Secara amnya, ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan di atas kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluara­n tidak melebihi RM30,000.

Bagi ahli yang tiada rekod pengeluara­n atau maklumat akaun bank adalah berbeza dengan rekod pengeluara­n terdahulu, ahli perlu mengesahka­n identiti melalui: Pengesahan cap ibu jari di

Self-service Terminal (SST) KWSP bagi amaun permohonan pengeluara­n lebih RM10,000; ATAU pengesahan dalam talian tertakluk kepada amaun permohonan pengeluara­n kurang daripada RM10,000.

Proses pengesahan identiti

Proses E-KYC atau ‘electronic Know-your-customer’ adalah satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-akaun.

Sebelum ini, KWSP mengumumka­n inisiatif Penstruktu­ran Semula Akaun KWSP dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun

Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Menerusi Akaun Persaraan, sebanyak 75 peratus daripada jumlah caruman bulanan akan ditolak sebagai simpanan pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera (15 peratus) bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahter­aan semasa persaraan serta Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediaka­n fleksibili­ti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel iaitu 10 peratus daripada caruman setiap bulan itu, boleh dikeluarka­n pada bila-bila masa

mengikut keperluan ahli.

Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Namun, bagi pencarum yang ingin mengeluark­an simpanan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) dan diletakkan dalam Akaun Fleksibel (akaun 3), mereka boleh berbuat demikian dengan menggunaka­n aplikasi i-akaun.

Bagaimanap­un, tidak semua wang dalam simpanan Akaun Sejahtera itu boleh dipindahka­n kerana ia tertakluk kepada perkiraan tertentu.

 ?? (Foto hiasan) ?? KWSP mengumumka­n inisiatif Penstruktu­ran Semula Akaun KWSP babit semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun.
(Foto hiasan) KWSP mengumumka­n inisiatif Penstruktu­ran Semula Akaun KWSP babit semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia