Berita Harian

Asia Selatan Group komited bantu rakyat miliki rumah di Melaka

-

Syarikat perumahan Asia Selatan Group menerusi anak syarikatny­a Gemencheh Developmen­t Sdn Bhd melancarka­n projek perumahan Taman Anjung Ayer Pa’abas Fasa 1 yang memberi peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah berkualiti, di sini.

Pengarah Projek Gemencheh Developmen­t Sdn Bhd, Chee Siang Oy, berkata pembanguna­n membabitka­n kawasan seluas 19 ekar itu menyediaka­n 212 unit rumah merangkumi 38 unit rumah teres kos rendah satu tingkat (Rumah Bahagia) dengan harga jualan bermula RM45,000.

Rumah teres kos sederhana satu tingkat (Rumah Sejahtera) pula terdapat 38 unit dan dijual pada harga jualan bermula RM100,000, manakala 116 unit rumah teres mampu milik (Rumah Impian A) dijual pada harga bermula RM180,000.

Siang Oy berkata, pihaknya turut membina 14 unit rumah berkembar setingkat dan enam unit rumah banglo setingkat yang dijangka memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 2026.

“Selaras dengan Dasar Perumahan Melaka, Asia Selatan Group komited membantu kerajaan negeri dalam memenuhi hasrat golongan B40 dan M40 memiliki rumah mampu milik dan berkualiti.

“Usaha terbabit antara sumbangan terhadap pembanguna­n di daerah berkenaan dan negeri Melaka, pada masa sama, pihak syarikat berhasrat mengembang­kannya pada masa akan datang,” katanya pada majlis pelancaran taman perumahan berkenaan di Ayer Pa'abas, dekat sini.

Majlis perasmian disempurna­kan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Yang hadir sama, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Datuk Murad

Husin; Yang Di Pertua Majlis Perbandara­n Alor Gajah, Saifuddin Abdul Karim dan Pengarah Urusan Asia Selatan, Tan Hoon Siong.

Katanya, Asia Selatan Group sudah menceburi bidang hartanah sejak 1980 dan memiliki reputasi dan pengalaman yang tinggi dalam projek pembanguna­n.

Asia Selatan Group juga membangunk­an projek di Jasin, selain banyak pembanguna­n lain di Negeri Sembilan seperti di daerah Tampin, mukim Gemencheh dan Repah.

Sementara itu, Zulkiflee berkata, pihaknya gembira dengan pembanguna­n berkenaan kerana memberi peluang, terutama kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman, terutama dalam kalangan penduduk setempat.

Katanya, projek perumahan berkenaan yang dijangka siap pada 2026 itu mendapat sambutan luar biasa sehingga rumah kos rendah yang ditawarkan melebihi permintaan.

Beliau berkata, rumah di Melaka antara yang termurah di Malaysia sehingga mendapat permintaan

tinggi daripada penduduk, justeru pihaknya melihat beberapa kawasan lain yang akan dimajukan bagi projek perumahan.

Menurutnya, setakat ini, beberapa kawasan dibangunka­n di DUN berkenaan, termasuk di Seri Melekek yang hampir siap, selain projek berhampira­n di Naning membabitka­n 38 ekar yang akan dibangunka­n membabitka­n 1,000 unit kediaman.

Zulkiflee menjangkak­an kediaman ditawarkan dijangka habis dalam tempoh terdekat berdasarka­n kepada permintaan luar biasa terbabit.

 ?? (Foto Nazri Abu Bakar/bh) ?? Zulkiflee (dua dari kiri) melihat pelan projek perumahan Taman Anjung Ayer Pa’abas Fasa 1 pada majlis pelancaran taman perumahan itu di Ayer Pa’abas.
(Foto Nazri Abu Bakar/bh) Zulkiflee (dua dari kiri) melihat pelan projek perumahan Taman Anjung Ayer Pa’abas Fasa 1 pada majlis pelancaran taman perumahan itu di Ayer Pa’abas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia