Berita Harian

Bayi antara 6 maut tiga nahas di Sabah

Kemalangan di Semporna babit 3 sekeluarga, warga China

- Oleh Abdul Rahemang Taiming dan Juwan Riduan bhnews@bh.com.my

Kota Kinabalu: Tiga sekeluarga, termasuk ibu bersama bayinya berusia sembilan bulan antara enam korban tiga nahas berasingan, masing-masing di Semporna, Keningau dan Penampang.

Kejadian pertama kira-kira jam 4.50 petang kelmarin yang mengorbank­an tiga sekeluarga dan tiga yang lain parah dilaporkan di Kilometer 32 Jalan Semporna-tawau di Semporna, membabitka­n sebuah kereta Toyota Avanza dan Perodua Viva.

Toyota Avanza dipandu guru lelaki berusia 46 tahun membawa dua penumpang warga China, manakala

Perodua Viva dinaiki enam sekeluarga dari Kampung Simunul.

“Mangsa yang maut ialah isteri pemandu Perodua Viva berusia 24 tahun, bayi perempuan mereka dan ibu saudara, 66. Mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Semporna,” katanya dalam satu kenyataan, malam kelmarin.

Katanya, siasatan awal mendapati

setiba di tempat kejadian, pemandu Perodua Viva dikatakan gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke laluan bertentang­an sebelum bertembung Toyota Avanza yang pemandunya tidak cedera dan penumpang dilaporkan hanya cedera ringan.

Kakak maut, adik kritikal

Di Keningau, Nurul Syakina Kasim, 22, maut, adik lelakinya

berusia 17 tahun kritikal selepas Proton Wira dinaiki mereka dipercayai terbabas ke laluan bertentang­an lalu bertembung kenderaan pacuan empat roda di Batu 27 Jalan Keningau-tenom, kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Ketua Polis Keningau, Superinten­dan Yampil Anak Garai, berkata Nurul Syakina yang memandu kereta disahkan meninggal dunia di lokasi, adik lelakinya patah kaki serta lengan kiri dan menerima rawatan di Hospital Keningau, manakala pemandu Toyota Hilux berusia 38 tahun cedera ringan.

Di Penampang, dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 17 tahun maut apabila motosikal dinaiki terbabas sebelum terjunam

ke dalam longkang ketika cuba mengelak tayar lori yang tercabut di Kilometer 7 Jalan Penampang-kota Kinabalu, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Penampang, Deputi Superinten­dan Erwansyah Abdul Basir, berkata nahas membabitka­n sebuah lori dan dua motosikal, ketiga-tiganya dalam perjalanan dari arah Penampang menuju Kota Kinabalu.

“Tayar gantian lori komersial berkenaan dikatakan tertanggal dan jatuh di atas jalan. Dua motosikal cuba mengelak sehingga motosikal dinaiki dua mangsa terbabit terjunam ke dalam longkang, menyebabka­n mereka parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.

 ?? (Foto ihsan JBPM) ?? Anggota bomba mengeluark­an mangsa yang cedera dalam nahas di Batu 27 Jalan Keningau-tenom, awal pagi semalam.
(Foto ihsan JBPM) Anggota bomba mengeluark­an mangsa yang cedera dalam nahas di Batu 27 Jalan Keningau-tenom, awal pagi semalam.
 ?? (Foto ihsan PDRM) ?? Nahas korbankan tiga sekeluarga dan tiga parah di Kilometer 32 Jalan Semporna-tawau, Semporna, kelmarin.
(Foto ihsan PDRM) Nahas korbankan tiga sekeluarga dan tiga parah di Kilometer 32 Jalan Semporna-tawau, Semporna, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia