Berita Harian

OHSEM360 bakal diadakan lagi dengan perkongsia­n 25 pakar industri

-

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (MPB) bersama Dattel Asia Group akan menganjurk­an lagi acara pemasaran terulung, iaitu OHSEM Marketing 360 (OHSEM360) pada 6 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Acara dengan tema Pemasaran Mantap dengan Kecerdasan Buatan (AI) dan Data itu mendapat sokongan Unifi Business, OMNIA dan REV Media Group sebagai rakan strategik Platinum.

Objektif utama OHSEM360 bertujuan memberi pendedahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai teknologi dan solusi pemasaran yang terkini.

OHSEM360 mempunyai tiga komponen utama iaitu Pelancaran Khas Platform Mydatahub.ai; Bicara OHSEM bersama hampir 25 pakar dalam industri AI,

Data, Pengiklana­n dan Tiktok serta 40 pameran teknologi dan solusi pemasaran dengan diskaun sehingga 90 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Dattell Asia Group, Ashran Ghazi, berkata OHSEM360 disusun rapi supaya ia bukan sekadar platform perkongsia­n dan pembelajar­an.

Katanya, OHSEM360 juga adalah satu platform di mana PKS boleh mengambil tindakan terus untuk perniagaan mereka.

“Ini penting kerana kita tahu PKS kesuntukan masa dan perlu bertindak pantas. Saya yakin OHSEM360 akan mempercepa­tkan lagi proses untuk memilih solusi yang sesuai untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata, antara topik menarik yang akan dikongsi pada OHSEM360 adalah ‘AI kan bisnes anda! Di mana saya nak mula?’, ‘Di sebalik tabir Tiktok AI’, ‘Bagaimana UNLOCK data sedia ada untuk sale meletop?’ dan banyak lagi.

Katanya, terdapat juga sesi perkongsia­n platform yang dapat membantu usahawan dalam mendapat profile pengguna sasaran, membangunk­an copywritin­g dan kreatif berlandask­an AI.

Sementara itu, Ketua unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, berkata unifi Business sentiasa prihatin dan peka kepada kehendak PMKS dan sokongan pihaknya kepada OHSEM360 berlandask­an aspirasi pihaknya dalam membantu transforma­si pendigital­an perniagaan PMKS.

Orang ramai yang mahu mendapatka­n semua perkongsia­n dari pakar industri boleh mendapatka­n tiket ke acara itu di www.ohsem360.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia