Berita Harian

Sisa buangan punca pencemaran Sungai Padang Terap

-

Alor Setar: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mendapati pencemaran di Sungai Padang Terap berhampira­n Kepala Batas di sini semalam disebabkan sisa buangan dari longkang berhampira­n.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Shahab, berkata sisa buangan dilepaskan sebuah fasiliti berhampira­n sungai berkenaan.

Beliau berkata, JAS Kedah menerima aduan Sungai Padang Terap dicemari bahan berwarna merah itu pada jam 9.10 pagi semalam.

Katanya, pengadu mendakwa bahan itu mengeluark­an bau busuk.

“Kami menggerakk­an pasukan siasatan ke sungai terbabit dan menyusuri punca pencemaran,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sharifah Zakiah berkata, sampel sisa bahan buangan itu diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Kenal pasti punca

Beliau berkata, JAS Kedah turut mengarahka­n pihak fasiliti menjalanka­n pembersiha­n longkang dan sungai.

“Mereka bersetuju menjalanka­n pembersiha­n itu dan akan menjalanka­n siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum mengemukak­an laporan kepada JAS Kedah.

“Kita mengarahka­n sisa pembersiha­n disimpan sementara waktu untuk menentukan jenis bahan yang dilepaskan,” katanya.

Sekiranya sisa buangan didapati dalam kategori Buangan Terjadual, Sharifah Zakiah berkata, pihak fasiliti akan diarah melupuskan­nya di premis yang dilesenkan oleh JAS.

Orang ramai diminta tidak bimbang dengan keadaan ini, namun dinasihatk­an tidak menghampir­i atau melakukan sebarang kegiatan di kawasan itu buat sementara waktu.

Kita mengarahka­n sisa pembersiha­n disimpan sementara waktu untuk tentukan jenis bahan yang dilepaskan

Sharifah Zakiah Syed Shahab, Pengarah JAS Kedah

 ?? ?? Orang ramai diminta tidak menghampir­i kawasan Sungai Padang Terap buat sementara waktu.
Orang ramai diminta tidak menghampir­i kawasan Sungai Padang Terap buat sementara waktu.
 ?? (Foto ihsan JAS) ?? Pegawai JAS Kedah mengambil sampel air dari Sungai Padang Terap untuk dianalisis.
(Foto ihsan JAS) Pegawai JAS Kedah mengambil sampel air dari Sungai Padang Terap untuk dianalisis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia