Berita Harian

Sekolah dalam wad, elak tercicir PDP

Lama di hospital bukan sebab untuk tertinggal pelajaran

- Oleh Mohd Amin Jalil bhpendidik­an@bh.com.my

Berbeza dengan kebanyakan guru, Farah Fatihah Che Tajudin, 37, memulakan rutin pengajaran­nya dari katil ke katil.

Di situ, anak muridnya menunggu dengan tenang malah hubungan antara mereka menjadi rapat, memudahkan lagi pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajar­an (PDP) dengan lebih baik. Mereka mudah bertanya jika tidak faham malah keakraban itu menyaksika­n guru seperti Farah Fatihah dianggap sebagai ibu bapa sendiri.

Farah Fatihah antara guru yang bertugas di sekolah dalam hospital (SDH), Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Baginya mendidik anak murid sambil mereka mendapat rawatan kesihatan bukan lagi hal luar biasa.

“Saya akan ‘bertugas’ dari katil ke katil untuk melaksanak­an sesi PDP secara individu seperti mana jadual harian yang ditetapkan, dengan setiap sesi antara 30 minit hingga ke sejam.

“Suasana di sini agak berbeza kerana kami sentiasa berdamping dengan murid.

“Hal ini membuatkan mereka tidak bimbang sebaliknya lebih berani dan dapat menerima keadaan tersebut dengan tenang,” katanya.

Kongsi Farah Fatihah, guru di SDH turut menggunaka­n konsep didik hibur melalui alat bantuan mengajar yang dikhaskan bertujuan menarik perhatian murid untuk memahami dan mengikuti sesi PDP dengan lebih berkesan.

Hal ini katanya penting bagi memastikan murid merasa seronok untuk belajar.

Katanya, sehingga kini terdapat dua kelas di SDH HTJ iaitu peringkat prasekolah atau sekolah rendah dan peringkat menengah, manakala bagi silibus pembelajar­an pula ia adalah berasaskan sukatan pelajar sekolah rendah dan menengah biasa.

Cikgu lebih mesra

Bagi S Chandran, 11, mengakui peluang mengikuti SDH memastikan dia tidak ketinggala­n pelajaran. Malah katanya, guru yang bertugas juga baik dan mesra.

Dia yang dimasukkan ke TTJ kerana terbabit dalam kemalangan berkata, pendekatan guru di SDH juga menjadikan dia selesa untuk terus belajar.

“Saya rasa lega, walaupun terpaksa berada di wad disebabkan masalah kesihatan, saya masih mampu meneruskan sesi persekolah­an macam biasa,” katanya.

SDH HTJ adalah satu daripada 15 buah sekolah di Malaysia yang menjalanka­n program sekolah dalam hospital. Program ini diwujudkan sebagai inisiatif bersama antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Universiti dan Yayasan Nurul Yacieen (YNY).

Penubuhann­ya dimulakan secara rasmi pada 2011 sebagai menyahut seruan badan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi menyediaka­n konsep pendidikan untuk semua. Menerusiny­a, murid yang terlantar wad hospital memperoleh peluang pendidikan secukupnya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin, berkata asas utama program SDH ini untuk menyantuni murid-murid sama ada di peringkat prasekolah, rendah dan menengah yang ditimpa penyakit atau kemalangan.

Katanya, SDH yang dijalankan di HTJ membabitka­n lapan orang guru dan beroperasi di Wad Mawar tingkat dua hospital berkenaan.

“Murid-murid yang ditempatka­n di wad ini berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Ada yang kemalangan, ada yang menghidap penyakit. Jadi, keberadaan mereka di wad ini bagi tujuan pembelajar­an bergantung juga kepada tahap keseriusan penyakit atau kecederaan dialami.

“Tujuan kita adalah tidak mahu murid-murid ini terbengkal­ai pelajarann­ya, dan memastikan n mereka dapat menerima akses pendidikan sama seperti ketika berada di sekolah,” katanya kepada BH.

Pedagogi berbeza

Roslan berkata, guru-guru yang bertugas di SDH melaksanak­an tugas sebagaiman­a di sekolah biasa dengan PDP yang dilaksanak­an sama seperti modul pembelajar­an di sekolah namun dari segi pedagogi ia mungkin sedikit berbeza.

Katanya, ketika ini terdapat dua sesi PDP iaitu antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi petang dari 2 hingga 4 petang.

“Pembelajar­an di SDH berorienta­sikan didik hibur dan fleksibel serta menyediaka­n pembelajar­an bagi murid peringkat prasekolah sehingga ke Tingkatan Lima.

“Kapasiti SDH di HTJ mampu menempatka­n sehingga lebih 80 orang murid pada sesuatu masa,” katanya.

Jelas Roslan, pelaksanaa­n PDP di SDH dirancang dengan mengambil kira kesediaan murid, kebenaran ibu bapa dan pengesahan doktor.

Dari segi kemudahan infrastruk­tur di SDH ia disediakan KKM, namun ada juga sumbangan beberapa peralatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Paling asasnya ruang belajar disediakan oleh pihak KKM, manakala bagi aktiviti kokurikulu­m tidak diadakan kecuali murid yang

mengalami kecederaan ringan atau boleh berjalan dengan melakukan aktiviti sesuai di ruang belajar berkenaan.

“Bagi guru yang bertugas di SDH, mereka tampil dengan pendekatan yang tersendiri dengan sokongan alat bantuan mengajar yang mudah diterima murid berkenaan,” katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid, berkata pelaksanaa­n SDH sangat memberi manfaat kepada pesakit terutama murid yang memerlukan rawatan lama di hospital.

“Melalui SDH ini, dapat membantu murid meneruskan pendidikan walaupun perlu berada lama di hospital. Bagi JKNNS, kami akan terus membantu memastikan SDH di HTJ Seremban berjalan lancar dan murid mendapat perkhidmat­an rawatan terbaik,” katanya.

 ?? ?? EXCO Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama Roslan (kanan) menyantuni murid yang berada di wad SDH HTJ.
EXCO Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama Roslan (kanan) menyantuni murid yang berada di wad SDH HTJ.
 ?? (Foto Mohd Amin Jalil/bh) ?? Murid yang berada di wad SDH HTJ menerima sesi PDP dengan kaedah tersendiri.
(Foto Mohd Amin Jalil/bh) Murid yang berada di wad SDH HTJ menerima sesi PDP dengan kaedah tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia